Najib lancar program penerangan SPSB

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan program Satu Bulan Satu Program Penerangan Setiap Bulan Setiap Bahagian (SPSB) yang bertujuan memperkasa jentera penerangan parti.
Pelancaran program anjuran Biro Penerangan UMNO itu dilakukan pada akhir Majlis Taklimat Presiden yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Sebagai simbolik pelancaran itu, Najib kemudian menyampaikan modul program SPSB yang dirangka khusus Biro Penerangan UMNO kepada setiap Ketua Penerangan UMNO negeri.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika ditemui Utusan Malaysia memaklumkan, terdapat 20 modul program yang dicadangkan meliputi ceramah umum, ceramah perdana, dialog dan penggunaan laman web.
Menurut beliau, melalui SPSB, UMNO sekurang-kurangnya akan mempunyai 191 program penerangan pada setiap bulan di seluruh negara.
''Program ini bukan hanya terhad pada peringkat bahagian sahaja sebaliknya jentera penerangan di peringkat sayap perlu sama digerakkan di bawah SPSB.
''Justeru program yang bermula sejak Ogos lalu akan dipastikan berjalan lancar dan kita akan menghantar laporan aktiviti SPSB di setiap bahagian kepada Majlis Tertinggi (MT),'' katanya.
Turut hadir pada program Majlis Taklimat Presiden ialah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; pimpinan MT UMNO dan kira-kira 2,500 perwakilan di seluruh negara.
Menurut Ahmad, beliau turut memaklumkan kepada pemimpin dan perwakilan yang hadir pada majlis itu tentang satu lagi program yang akan dilaksanakan Biro Penerangan iaitu Daripada Gelap Samar Kepada Terang.
''Program ini berlandaskan 4M. M pertama ialah media bersemuka, M kedua Media Cetak, M ketiga ialah Media Elektronik dan M keempat Media Maya.
''Jika 62,000 ketua penerangan di peringkat cawangan termasuk sayap ini bergerak, maka pada pilihan raya umum akan datang mudah-mudahan keputusannya akan berpihak kepada BN,'' jelasnya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 8:59 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Najib lancar program penerangan SPSB

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]