Semangat Bagan Pinang pemangkin transformasi UMNO
9:01 AM
KUALA LUMPUR 14 Okt. - UMNO akan menerapkan semangat kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang Ahad lalu sebagai pemangkin kepada proses transformasi parti itu bermula esok.
Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, dengan semangat itu, UMNO pasti semakin diterima rakyat serta tidak lagi dilihat sebagai parti yang hanya dianggotai sesetengah golongan di negara ini.
Kata beliau, penerapan nilai-nilai murni yang membawa kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tempoh hari juga bakal merubah wajah dan nilai kepimpinan dalam parti politik Melayu terbesar itu.
“Apabila pindaan perlembagaan parti dibentangkan esok, UMNO tidak lagi akan dilihat sebagai parti elitis yang dipimpin serta dianggotai oleh sesetengah pihak sahaja.
“Ini kerana setelah sistem kuota untuk pertandingan jawatan tertinggi parti dihapuskan, pastinya tiada calon yang mampu ‘membeli’ 195,000 perwakilan seterusnya melenyapkan politik wang,” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 9:01 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0