Teruskan budaya tegur menegur

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Budaya tegur menegur yang ditunjukkan oleh wakil Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri sewaktu membahaskan usul ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini wajar diteruskan dan dijadikan budaya dalam parti.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun mengingatkan, teguran itu mesti dilakukan secara beradab iaitu dilengkapi dengan fakta.
Katanya, ia tidak boleh dibuat secara melulu atau seperti 'baling batu sembunyi tangan' kerana ia akan mengeruhkan keadaan.
``Pembahas kali ini meneruskan tradisi jurucakap negeri iaitu berani menegur pemimpin, Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan rakan-rakan dari negeri lain seperti wakil Terengganu menegur Kelantan dan wakil Kelantan menegur Terengganu.
``Saya kira sifat keterbukaan dan kritikan yang membina seumpama itu merupakan daya kekuatan UMNO yang mesti diteruskan,” katanya sewaktu mengunjungi bilik operasi Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:03 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Teruskan budaya tegur menegur

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]