UMNO Bahagian diarah beri penerangan pindaan perlembagaan
1:05 PM
KUALA LUMPUR 20 Okt. — Kesemua 191 UMNO Bahagian di seluruh negara diarah memberi penerangan berhubung pindaan perlembagaan parti itu dalam program Satu Bulan Satu Program Penerangan Setiap Bulan Setiap Bahagian (SPSB) masing-masing bulan ini.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, selain itu mereka juga perlu memberi penjelasan berhubung arahan serta hasrat Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu menjadikan UMNO sebagai parti yang mendahulukan rakyat daripada kepentingan diri sendiri.
"Dalam SPSB bulan ini, saya minta setiap UMNO Bahagian terutama mereka yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini supaya menerangkan tentang pindaan perlembagaan parti.
"Mereka juga perlu menjelaskan arahan dan hasrat Presiden parti yang mahu menjadikan Umno sebagai parti yang menjuarai rakyat,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama 19 wartawan dari Bukit Tinggi, Padang, Indonesia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Beliau berkata, program penerangan itu tidak semestinya menerusi ceramah sebaliknya boleh dilaksanakan melalui aktiviti penerangan lain di peringkat Bahagian dan Cawangan. - Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 1:05 PM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0