233 pusat Permata akan dibuka tahun depan - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR 10 Nov — Program Permata yang mendapat peruntukan RM100 juta pada pembentangan bajet 2010 akan memperluaskan lagi programnya ke 233 buah pusat jagaan kanak-kanak, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata perluasan program itu termasuklah melaksanakan program Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan dan Perkasa Remaja.
Program itu yang setakat ini telah diperkenalkan di 457 pusat jagaan kanak-kanak telah mendidik 17,565 kanak-kanak, katanya semasa menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang ingin mengetahui pendekatan yang digunakan Pusat Anak Permata dan peruntukan yang telah diluluskan serta bilangan kanak-kanak yang berada di bawah program tersebut.
Ahmad berkata bagi memastikan kejayaan program itu, tenaga pendidiknya disyaratkan berkelulusan diploma dalam bidang asuhan dan didikan awalan kanak-kanak atau yang berkaitan.
"Mereka juga perlu mengikuti Kursus Asas Pendidik Permata selama enam minggu manakala jumlah tenaga pendidik Permata berasaskan nisbah seorang pendidik untuk setiap lima orang anak.
"Nisbah ini adalah mengikut standard yang telah diterimapakai dalam pendidikan awal negara maju,” katanya. — Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:14 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 233 pusat Permata akan dibuka tahun depan - Ahmad Maslan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]