APMM Diberi Kuasa Lebih Laksana Penguatkuasaan Maritim - Ahmad Maslan

KOTA KINABALU, 21 Nov (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan diberikan kuasa lebih dalam melaksanakan penguatkuasaan maritim di perairan negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan pada Sabtu.Ketika ditanya mengenai pertindihan penguatkuasaan APMM dengan agensi lain, beliau berkata perkara itu sedang diselaraskan oleh satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan."Perkara itu sedang dibincangkan daripada segi fungsi dan bidang tanggungjawab agensi-agensi berkaitan maritim. Tetapi kita akan memberikan kuasa lebih kepada APMM," katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat APMM Sabah di sini.Ahmad berkata APMM telah membuat 479 tangkapan di seluruh negara bagi pelbagai kes melibatkan bot nelayan tempatan tahun ini sehingga 17 Nov.Kompaun yang dikeluarkan bernilai RM535,900 manakala lelongan ikan bernilai RM193,408.45, katanya.Beliau juga berkata terdapat 132 kes melibatkan bot nelayan asing pada tempoh sama dengan denda bernilai RM39,536,000.-- BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:56 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for APMM Diberi Kuasa Lebih Laksana Penguatkuasaan Maritim - Ahmad Maslan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]