Pemimpin Komponen BN Puji Campur Tangan PM Cuba Selesaikan Krisis MCA

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk campur tangan bagi menyelesaikan krisis MCA yang semakin meruncing mendapat pujian daripada kalangan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yakin dengan campur tangan Najib yang juga Pengerusi BN, krisis MCA dapat diselesaikan dengan segera."Oleh kerana Perdana Menteri sudah menyatakan kesanggupannya untuk membantu menyelesaikan perkara itu, beliau akan buat yang terbaik... saya percaya Perdana Menteri mampu menyelesaikan masalah itu segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Kaligrafi Terpanjang Heart Sutra Penganut Buddha Malaysia di sini hari ini.Ditanya sama ada situasi terkini MCA akan menjejaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri di kalangan pemimpin parti itu, Koh berkata "Tidak semestinya, berilah mereka masa, kita tidak menilai KPI mereka sekarang... kita akan menilainya Jun depan."Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim pula berkata beliau mengalu-alukan campur tangan atau usaha mana-mana pihak untuk memulihkan kemelut berpanjangan dalam MCA, tambahan pula usaha itu datang daripada Perdana Menteri sendiri.Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata kemelut yang melanda MCA, parti kaum Cina terbesar itu, dikhuatiri akan menjejaskan transformasi yang dilakukan Umno untuk meraih semula sokongan rakyat.Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata untuk menjadi sebuah parti 'juara rakyat', MCA perlulah segera mengatasi kemelut tersebut."Umno tidak berhajat untuk mencampuri urusan MCA, tetapi sebagai sebuah keluarga dalam Barisan Nasional (BN), sudah pasti perkara yang negatif atau positif yang berlaku akan memberi implikasi kepada keseluruhan warganya," katanya dalam satu kenyataan."Harapan kita, janganlah ia berterusan tanpa kesudahan. Tentunya ada kaedah menang-menang dalam pelan perdamaian," katanya.Perkara yang sama turut diluahkan oleh Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang berharap krisis berkenaan dapat segera diselesaikan bagi mengembalikan kepercayaan pengundi Cina kepada MCA."Kemelut dalaman MCA yang berlaku secara terbuka juga membuka ruang serta kesempatan kepada pembangkang untuk meraih sokongan di kalangan pengundi kaum Cina yang dilihat kehilangan tempat bergantung," katanya dalam satu kenyataan.-- BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:52 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pemimpin Komponen BN Puji Campur Tangan PM Cuba Selesaikan Krisis MCA

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]