Belum Ada Negeri Tawar Tanah Untuk Kemasukan Peneroka Baru

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Persidangan Dewan Rakyat Isnin diberitahu bahawa dalam tempoh tiga tahun iaitu dari 2006 hingga 2009, belum ada mana-mana kerajaan negeri yang bersetuju memberikan tanah bagi membolehkan Felda membuka semula kemasukan peneroka baru.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2006 yang ketika itu memegang portfolio Timbalan Perdana Menteri mengumumkan untuk membuka kembali kemasukan peneroka baru."Pada 2006, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Felda bercadang membuka kembali kemasukan peneroka dengan syarat kerajaan negeri mesti memberi tanah kepada rakyat yang layak terutamanya yang miskin tegar."Tetapi sejak 2006 hingga 2009, belum ada lagi satu kerajaan negeri yang bersetuju untuk memberikan tanah itu," katanya.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk membuka kembali sistem pengambilan peneroka yang dibekukan pada tahun 1990 dan ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat untuk mengadakan Bai'ah (sumpah taat setia) supaya penerima geran pemilikan tanah tidak menderhaka.Ahmad berkata kerajaan bagaimanapun pada masa ini masih lagi menunggu jika ada mana-mana kerajaan negeri yang ingin memberikan tanah bagi membolehkan kemasukan peneroka.Mengenai soalan Bai'ah, beliau berkata sehingga hari ini sebanyak 85 peratus peneroka adalah yang menyokong kerajaan dan 15 peratus tidak menyokong.Kepada soalan asal Mohd Jidin yang ingin tahu mengenai jumlah peneroka Felda yang telah diberikan geran tanah sejak lima tahun lepas, Ahmad berkata sejak Felda ditubuhkan, seramai 73,807 orang peneroka daripada 112,635 peneroka telah mendapat hak milik."Ini adalah 65 peratus daripada keseluruhan peneroka. Sejak lima tahun lepas, dalam tempoh 2004 hingga 2008, seramai 9,262 peneroka telah dikurniakan hak milik."Bilangan ini terdiri daripada 3,066 peneroka di Pahang, 3,535 (Johor), 688 (Negeri Sembilan), 264 (Selangor) 190 (Perak), 133 (Kelantan) dan 1,386 (Terengganu)," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:41 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Belum Ada Negeri Tawar Tanah Untuk Kemasukan Peneroka Baru

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]