UMNO RAPATKAN HUBUNGAN UMAT ISLAM

PONTIAN 8 Nov. – UMNO tidak akan mengambil kesempatan di atas kemerosotan sokongan golongan muda kepada Pas, sebaliknya berusaha merapatkan hubungan serta mengurangkan kerenggangan sesama umat Islam.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kemerosotan sokongan itu menunjukkan telah timbul kesedaran di kalangan golongan tersebut bermula daripada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, tidak lama dulu“Berdasarkan kepada keputusan di Manek Urai, seterusnya di Permatang Pasir dan akhirnya di Bagan Pinang, golongan muda telah menerima perubahan yang dilakukan pimpinan kerajaan hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat Kemas Parlimen Pontian di Dewan Orang Ramai Ayer Baloi, di sini hari ini.

Ahmad mengulas pendedahan yang dibuat oleh pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Abu Hasssan Hasbullah semasa membentangkan kertas kerja di Seminar parti Pas, di Kuala Lumpur semalam.
Menurut Abu Hassan, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, imej Pas semakin negatif dengan banyak pihak tidak menyokong kepimpinan sedia ada termasuk daripada golongan muda.
Ahmad berkata, mereka juga menyedari perbalahan yang berlaku tidak membawa ke mana-mana kerana UMNO dan Pas dianggotai orang Melayu yang beragama Islam. “Usaha merapatkan hubungan dan mengurangkan kerenggangan boleh dilakukan melalui pelbagai cara seperti menghadiri majlis perkahwinan, menziarahi mereka yang sakit, melawat kematian dan sebagainya. “Tidak salah sekiranya ahli UMNO mengunjungi ahli Pas yang meninggal dunia kerana ia merupakan satu tanggungjawab sebagai orang Islam apabila saudaranya ditimpa kesedihan,” jelasnya.
Tambah Ahmad, golongan muda juga telah mula menerima pelbagai langkah dan pendekatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti Gagasan 1Malaysia.
“Sampai bila kedua-dua ahli di dua parti terbesar Melayu mahu terus bertelagah kerana semua pihak mula menyedari ia tidak akan membawa faedah dan kebaikan,” soal Ahmad.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 4:22 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for UMNO RAPATKAN HUBUNGAN UMAT ISLAM

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]