Biro Tata Negara bukan alat penyebar sentimen perkauman
1:40 AM
KOTA KINABALU 22 Nov. - Kursus Biro Tata Negara (BTN) bukan dijadikan alat menyebar sentimen perkauman sebaliknya untuk menanam semangat patriotisme dan cintakan negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, peranan BTN adalah selari dengan gagasan 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan dan nilai-nilai patriotik. "BTN adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara. Ini bersamaan dengan konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ia juga bertujuan untuk tanamkan nilai-nilai murni agar dijadikan amalan. Jadi fahamkan maksud dan dasar-dasar negara," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Penutupan Bengkel 1Malaysia di Hotel Tang Dinasti di sini hari ini.
Beberapa pemimpin pembangkang di Selangor sebelum ini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pengisian kursus BTN yang dikatakan cuba menanam sentimen tersebut.
Menurut pemimpin terbabit, program itu tidak berkaitan dengan usaha pemupukan nilai-nilai kenegaraan atau penyebaran ilmu tetapi menjurus kepada program politik UMNO.
Ahmad menjelaskan, kursus tersebut amat penting dalam menyemarak semangat untuk membina negara bangsa untuk jangka panjang. Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menggesa rakyat agar menghayati lapan nilai yang menjadi teras 1Malaysia sebagai asas membina satu bangsa. Katanya, persamaan yang ada perlu dikukuhkan dan pada masa yang sama mesti berlapang dada menerima perbezaan sesama mereka dalam mempertahan ciri-ciri kenegaraan. "Inilah yang perlu kita akui, walaupun kita bersifat pelbagai, kita masih ada persamaan terhadap nilai-nilai yang kita kongsi bersama," katanya.
Musa berkata, negara ini sentiasa berdepan dengan cabaran-cabaran yang mungkin menggugat perpaduan rakyat berbilang kaum dan kewujudan itu umpama api dalam sekam.
"Kita perlu belajar daripada sejarah, malah ada ahli falsafah yang mengatakan jika kita tidak belajar daripada sejarah kita akan disumpah mengulanginya," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 1:40 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0