Modul BTN akan dipertahankan

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Biro Tata Negara (BTN) tidak akan tunduk dengan serangan pembangkang kerana modul kursus Jari (Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek) yang dipraktikkan sejak sekian lama terbukti berjaya memupuk semangat patriotik dan nasionalisme di kalangan rakyat.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika mendedahkan modul itu berkata, tiada asas untuk pembangkang menyerang dan menuduh BTN sebagai salah satu sebab penghalang kepada pembentukan satu negara bangsa Malaysia.
''Modul yang kita guna adalah secara integrasi dan bersepadu. Modul ini telah kekal sejak sekian lama, tetapi ia tidak statik sebaliknya sentiasa melalui proses penambahbaikan agar sesuai dengan cabaran semasa.
''Kita akan mengekalkan modul ini tetapi pengisian akan sentiasa berubah mengikut dasar utama kerajaan pada masa-masa tertentu.
''Pada zaman mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, fokus pengisian ialah wawasan 2020 dan nilai mulia, masa Tun Abdullah Ahmad Badawi, kegemilangan modal insan dan sekarang ialah dasar 1Malaysia ,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:17 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Modul BTN akan dipertahankan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]