Doa Mohon Hapuskan PM Tidak Masuk Akal - Hishammuddin

KLUANG, 29 Nov (Bernama) -- Tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendoakan supaya Allah menghapuskan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberikan royalti minyak kepada Kelantan disifatkan sebagai tidak masuk akal.Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS."Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan PAS berpecah tetapi kita bersyukur kerana apa yang PAS tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (PAS) sendiri."Mereka (PAS) tuduh Umno menimbulkan perkara yang boleh pecah belahkan PAS, kita (Umno) yang lagakan pemimpin mereka, tetapi bila kita sabar dalam cara kita bawa diri kita, akhirnya tuhan tunjukkan mereka yang terkena tempias mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis korban Umno Bahagian Sembrong dan pembasmian kemiskinan Giat Mara, di Kampung Contoh, dekat Kahang, di sini, pada Ahad.Pada Jumaat, Nik Aziz berkata beliau dan penyokongnya sudah mendoakan agar Perdana Menteri mengubah fikiran supaya memberikan royalti kepada negeri itu, jika tidak beliau akan berdoa supaya Allah menghapuskan masa depan Najib dan Umno.Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Nik Aziz dan menyifatkan perbuatan itu sebagai berdosa kerana mendoakan kehancuran sesama Islam apatah lagi jika pemimpin yang didoakan itu berlaku adil."Dakwaannya tidak benar kerana Kerajaan Pusat tetap menyalurkan bantuan kepada rakyat Kelantan."Sebenarnya mereka mahu wang itu diberikan terus kepada kerajaan negeri tetapi kita (Kerajaan Pusat) menyalurkan terus kepada rakyat kerana rakyat lebih penting dan berhak menerimanya," katanya.Walaupun Kelantan diperintah oleh PAS, Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno berkata Kerajaan Pusat tetap menyalurkan peruntukan kepada negeri itu malah jumlah yang diterima lebih banyak berbanding Terengganu yang diperintah oleh BN.-- BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:17 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Doa Mohon Hapuskan PM Tidak Masuk Akal - Hishammuddin

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]