Usah salahkan Umno wakil rakyat keluar parti
12:22 AM
“Tidak perlu timbulkan isu Umno jadi dalang sehingga wakil rakyat PKR lompat parti kerana semua sedia maklum sekiranya ahli keluar parti, mesti mereka ada masalah dalaman teruk. “Sepatutnya, PKR cari punca dan nilai kelemahan sendiri sehingga hilang kepercayaan di kalangan ahli parti,” katanya ketika dihubungi semalam. Beliau mengulas dakwaan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali bahawa Umno menjadi dalang menekan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah sehingga menyebabkan wakil rayat dari PKR itu bertindak keluar parti berkenaan dan menyokong BN.
Ahmad mengalu-alukan sesiapa saja, sama ada ahli PKR atau Pas yang mahu menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).
