TANAH MILIK KERAJAAN AKAN DIMAJU

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kerajaan mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah-tanah milik kerajaan di Jalan Cochrane, Jalan Ampang Hilir dan RRI Sungai Buloh.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Kementerian Kewangan, Unit Kerjasama Awam dan Swasta, Bahagian Pengurusan Hartanah dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan membangunkan kawasan tersebut berdasarkan pengezonan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Namun, katanya, pemaju dan garis panduan berhubung pembangunan di kawasan tersebut serta kawasan-kawasan di Brickfields, Jalan Stonor dan Bukit Ledang masih dalam kajian. ‘‘Ia mungkin melalui konsep penswastaan, penjualan terus kepada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) atau pun kerajaan sendiri yang membangunkannya,” katanya ketika menjawab soalan lisan Azmin Ali (PKR-Gombak) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mohamed Azmin dalam soalannya bertanya mengenai perancangan kerajaan bagi tanah-tanah milik kerajaan di Jalan Cochrane, Jalan Ampang Hilir dan RRI Sungai Buloh. Ahmad berkata, tanah di Jalan Cochrane merupakan tanah rizab Persekutuan yang mempunyai keluasan 39.54 hektar dan ia terletak di bawah kawalan Bahagian Pengurusan Hartanah dan JPM. Menurut beliau, perundingan tentang penjualan tanah itu dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini di peringkat akhir dan penilaian terhadap tanah pula telah dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:30 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for TANAH MILIK KERAJAAN AKAN DIMAJU

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]