317 kes tangkapan bot asing sejak 2006

KUALA LUMPUR 16 Dis. — Sebanyak 317 kes tangkapan bot nelayan asing di perairan Malaysia direkod sejak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) beroperasi pada tahun 2006 hingga 12 Okt. lepas.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, kes itu merangkumi 143 bot Vietnam, 105 bot Indonesia, 56 bot Thailand, lima bot Singapura, empat bot Filipina dan empat bot China.
"Untuk menjaga dan memelihara keselamatan, keamanan dan kedaulatan perairan negara dengan lebih terjamin, APMM sentiasa melaksanakan rondaan dan penguatkuasaan di laut secara berterusan di kawasan perairan negara,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Seri Empiang Jabu pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini. - Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:12 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 317 kes tangkapan bot asing sejak 2006

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]