Perjanjian korsortium Felda, Felcra, Riada dimeterai bulan depan

KUALA LUMPUR: Perjanjian persefahaman mengenai konsortium antara Felda, Felcra dan Risda dijangka akan dimeterai pada awal Januari depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata beberapa siri perbincangan telah diadakan antara tiga agensi berkenaan yang dipandu oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi melaksanakan projek pertanian berimpak tinggi. "Ketiga-tiga agensi ini bersetuju untuk memuktamadkan perjanjian persefahaman dan mengadakan `kerjasama pintar' bagi meneroka bidang-bidang yang terlibat," katanya menjawab soalan Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Nor Hayati ingin tahu agenda Felda menjadi gedung makanan negara dan penubuhan konsortium antara tiga agensi itu bagi menjalankan projek pertanian berimpak tinggi. Ahmad berkata antara program yang melibatkan konsortium ini ialah mengeluarkan benih sawit dan getah yang bermutu tinggi, pengeluaran baja atau racun serta import pertanian selain boleh bersama-sama melaksanakan program Gedung Makanan Negara oleh Felda. - Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:11 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Perjanjian korsortium Felda, Felcra, Riada dimeterai bulan depan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]