Cadangan SPR Pinda Peraturan Pilihan Raya Untuk Kebaikan Rakyat - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pada hari Rabu menyifatkan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meminda peraturan pilihan raya adalah demi kebaikan rakyat.Beliau berkata cadangan yang lahir dari suruhanjaya itu sudah semestinya telah dikaji bagi memastikan pilihan raya kecil dan pilihan raya umum dapat dilaksanakan dalam suasana aman dan tenteram."Apa yang baik untuk kesuburan proses demokrasi adalah wajar dibuat. Yang penting cadangan itu adalah untuk kebaikan rakyat yang ingin memilih calon terbaik pilihan mereka. Dua waktu puncak perselisihan politik ketika pilihan raya adalah pada hari penamaan calon dan hari pengundian."Banyak kejadian ganas, pertengkaran dan pergaduhan berlaku dalam masa kedua-dua hari tersebut menyebabkan ada di kalangan pengundi khuatir untuk keluar dan yang rugi adalah rakyat," katanya kepada Bernama.Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang dilaporkan sebagai berkata bahawa perkara itu sedang diteliti secara serius untuk dibentangkan di Parlimen tahun depan.Ahmad yang juga Anggota Parlimen Pontian bagaimanapun berkata cadangan SPR itu perlu dibahas dan diteliti khususnya dari sudut perundangan dan peraturan."Penguatkuasaan peraturan itu juga penting agar nanti apa yang dikatakan akta itu dapat dilaksanakan dan tidak menjadi bahan ketawa. Sebagai contoh bahan kempen yang tidak beretika, risalah fitnah dan tohmahan ia masih lagi berlaku dan berleluasa ketika kempen."Bagaimanapun semua ini perlu dilihat secara menyeluruh jika pindaan ini ingin dibentangkan," katanya.Laporan itu juga memetik Abdul Aziz sebagai berkata bahawa tempoh proses penamaan calon selama tiga hari dan mengadakan tempoh bertenang selama 24 jam adalah antara yang akan dipinda bagi membendung kekecohan dan keganasan yang ditimbulkan oleh penyokong parti-parti bertanding.Katanya, jika cadangan itu diluluskan, tempoh bertenang akan bermula sehari sebelum hari pengundian berbanding bermula pada pukul 12 tengah malam sebelum hari pengundian sekarang ini.Cadangan supaya tempoh penamaan calon dipanjangkan selama tiga hari pula untuk mengelak pertembungan penyokong parti bertanding yang datang secara serentak.Abdul Aziz dilaporkan berkata jika cadangan itu diluluskan, mereka yang melanggarnya boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 dan penjara tidak lebih setahun.-- BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:48 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Cadangan SPR Pinda Peraturan Pilihan Raya Untuk Kebaikan Rakyat - Ahmad Maslan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]