Kenyataan akhbar melalui sms ttg cadangan SPR:
12:26 AM
Tentunya SPR telah mengkaji ttg cadangan yg dinyatakan itu sbgmna dilaporkan akhbar hari ini..Apa yg baik utk kesuburan proses demokrasi adalah wajar dibuat..yg penting cadangan itu adalah utk kebaikan rakyat yg ingin memilih calon terbaik pilihan mereka..PRK/PRU pula dapat dilaksanakan dlm suasana aman & tenteram..Dua waktu puncak perselisihan politik waktu PRK/PRU ialah pada hari penamaan calon & hari pengundian..Banyak kejadian ganas, pertengkaran, pergaduhan berlaku dlm masa 2 hari itu..Pengalaman ramai yg hadir dlm PRK yg telah 9 kali lepas PRU 12 membuktikannya..Pergaduhan telah berlaku dlm PRK sebelum ini juga..Akhirnya imej PRK kita tercalar, pengundi ada yg khuatir utk keluar & yg rugi ialah rakyat..Cadangan SPR itu wajar dibahaskan lagi dgn teliti..Khasnya dari segi penguatkuasaan undang2 & peraturan..Sebelum ini ada peraturan tidak boleh berkumpul dlm jarak tertentu drpd Pusat Mengundi..Tapibila ada 1 parti mula berkumpul di pinggir2 jalan, tentu parti yg berlawan akan berbuat hal yg sama..akhirnya jalan menjadi sesak, pergaduhan berlaku...Semuanya ini bukanlah amalan di negara bertamadun..Ia memalukan proses demokrasi yg sentiasa dicemari..malu pada pandangan dunia luar seakan-akan kita masyarakat yg tidak berdisiplin..Penguatkuasaan peraturan itu juga penting agar nanti yg diaktakan itu dapat dilaksanakan & tidak jadi momokan & bahan ketawa kerana kegagalan penguatkuasaan..Sbg contoh bahan kempen yg tidak beretika masih berlaku, risalah disebar, fitnah dijaja & tohmahan tanpa asas masih berleluasa waktu kempen..Semuanya ini wajar juga dilihat secara menyeluruh jika pindaan akta ingin dibentangkan..tkasih
[Datuk Ahmad b Maslan Ketua Penerangan UMNO M'sia, 5ptg, 30 Dis 2009]
Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 12:26 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0