DAP diingat usah bangkit isu perkauman

PONTIAN: Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, mengingatkan pemimpin DAP, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya tidak memainkan isu yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini kerana ia akan memberi kesan amat buruk. Beliau menyifatkan tuduhan Lim yang menyamakan sebuah akhbar berbahasa Melayu seperti penjahat sebagai mempunyai agenda tersembunyi pihak pembangkang dan DAP yang tidak sewajarnya ditimbulkan oleh seorang pemimpin negeri. Katanya, perasaan orang Melayu dan Islam juga terhiris dan marah dengan tindakan pemimpin bukan Islam dari DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempermainkan ayat suci al-Quran semata-mata bagi menarik sokongan umat Islam.
“Mereka juga memijak gambar beberapa pemimpin Melayu di Perak dan ini juga boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu. Pembangkang sebenarnya cuba mengalihkan pandangan orang ramai dari satu isu ke satu isu dengan harapan rakyat membenci Barisan Nasional (BN). “Sebelum ini mereka menyerang sistem kehakiman, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Biro Tata Negara (BTN) dan membangkitkan isu perbelanjaan membina masjid,” katanya selepas merasmikan Karnival Jualan Mega (KMJ) 2009 anjuran Mara Johor, di sini semalam.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:10 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for DAP diingat usah bangkit isu perkauman

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]