Kampung Parit Mastar johan Anugerah Desa Cemerlang

PONTIAN 13 Dis. - Kampung Parit Mastar, Sungai Pinggan menerima Anugerah Desa Cemerlang peringkat Parlimen Pontian sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000.
Majlis penyampaian hadiah kemenangan itu disempurnakan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan di Kampung Permatang Duku di sini semalam.
Lebih membanggakan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut meluangkan masa merasmikan majlis penyampaian anugerah itu.
Selain wang tunai, kampung itu turut menikmati projek pembangunan dan lawatan ke Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Tempat kedua dimenangi Kampung Parit Betak, Benut yang membawa pulang RM15,000, manakala Kampung Sungai Naga, Api Api meraih tempat ketiga dan menerima RM5,000.
Enam lagi kampung yang menyertai pertandingan itu yang diadakan selama enam hari berakhir semalam, turut menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM1,000 setiap kampung.
Kampung berkenaan adalah Kampung Parit Marjunit, Sungai Pinggan; Kampung Parit Kahar (Ayer Baloi), Kampung Tanjung Ayer Hitam (Pontian), Kampung Parit Satu (Ayer Baloi), Kampung Tampok (Benut) dan Kawasan 1 Mukim Api Api (Api Api).
Pada majlis itu juga, Mohd. Shafie turut mengumumkan pemberian peruntukan sebanyak RM600,000 untuk membina dewan raya Kampung Permatang Duku.
Sementara itu, Ketua Kampung Parit Mastar, Tumadi Yunus berkata, kerjasama dan permuafakatan antara penduduk menjadi kunci kejayaan mereka sehingga dipilih sebagai johan pada pertandingan tersebut.
"Saya berterima kasih kepada penduduk kampung yang memberi kerjasama sepenuhnya sehingga kita berjaya muncul sebagai johan," katanya.
Pada majlis itu, Ketua Kampung kawasan (8) Mukim Benut, Abd. Rahim Amir, 66, turut dipilih sebagai Tokoh Keluarga Cemerlang ekoran kejayaannya membesarkan anakanaknya sehingga berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Tujuh anak pasangan Abd. Rahim dan Samsiyah Ibar, 60, berjaya menamatkan pengajian di menara gading hasil didikan mereka menerapkan disiplin tinggi dan ilmu agama sebagai pegangan hidup.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:56 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

3 comments for Kampung Parit Mastar johan Anugerah Desa Cemerlang

  1. TAHNIAH KEPADA PEMENANG2 ADC..

  2. desa cemerlang dalam hal aper?.....cam tak caye lah gitu...huhuhuuuu...soweeeeee

  3. menang sorak.. kampung tergadai..
    cuba tengok kat BENUT ni...
    banyak tanah Melayu tergadai kat Cina..

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]