Kerajaan kaji tambah kem BTN

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk membina lebih banyak kem, selain menambah pengambilan tenaga penggerak dalam usaha meningkatkan penyertaan lebih ramai rakyat mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata dengan 1,500 tenaga penggerak termasuk 500 pegawai yang bertugas di 22 kem BTN dan 40 kem swasta, hanya 500,000 individu yang mengikuti kursus dan seminar BTN setiap tahun. Katanya, jumlah sebenar yang mengikuti kursus BTN di kem hanya separuh daripada bilangan itu kerana bakinya hanya mengikuti seminar yang diadakan di beberapa lokasi lain.
“Jika kerajaan memutuskan untuk melebarkan BTN dan melihat ia keperluan, mungkin lebih ramai boleh mengikuti kursus termasuk berupaya memastikan semua bakal mahasiswa berbuat demikian sebelum memulakan pengajian di universiti. “Buat masa ini, BTN berdepan dengan kekangan tempat dan tenaga penggerak,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Kelmarin Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) mencadangkan semua bakal mahasiswa dihantar mengikuti kursus BTN sebelum menjejakkan kaki ke universiti.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan kursus itu jadi prasyarat bagi mereka yang diterima sebagai kakitangan kerajaan serta peminjam pelbagai skim yang disediakan kerajaan. Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, kerajaan tidak mampu memenuhi keperluan untuk menyediakan kursus kepada semua mahasiswa kerana bilangannya lebih 900,000 orang di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan beratus lagi institusi pengajian tinggi swasta. Bagaimanapun, katanya semua pelajar tanpa mengira kaum yang ditawarkan biasiswa kerajaan Pusat dan agensi kerajaan Pusat termasuk pelajar yang dihantar ke luar negara diwajibkan mengikuti kursus BTN. “Begitu juga dengan penjawat awam yang baru bekerja apabila mereka perlu mengikuti kursus BTN. Pelajar universiti dari semasa ke semasa akan dipilih untuk mengikuti kursus itu
“Kursus BTN bertujuan menanam semangat patriotisme, nilai murni dan 1Malaysia tanpa mengira latar belakang. Bermula Mei lalu, modul BTN diberikan penambahbaikan dengan memasukkan elemen 1Malaysia,” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:14 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

7 comments for Kerajaan kaji tambah kem BTN

  1. Assalamualaikum wbt
    Salam 1Malaysia

    Cadangan tersebut amatlah disokong.... satu daerah/parlimen satu kem BTN. Cadangan-cadangan lain;

    1. Tukar nama BTN kepada BPN (Biro Perlembagaan Negara) yang taraf keselamatannya seperti kem tentera.

    2. Perbanyakkan kakitangan dan tenaga penggerak secara tetap.... serapkan yang kontrak kepada tetap.

    3. Bermula dari murid tadika/sekolah rendah hinggalah kepada pesara awam/swasta perlu hadir kursus BTN.

    4. Adakan modul khas untuk ahli parti pembangkang yang berminat untuk hadir kursus.

    5. Jadikan sijil kehadiran kursus BTN sebagai prasyarat untuk pemilihan/naik pangkat kepada pejawat awam selain kursus kenegaraan untuk pengesahan jawatan.

    6. Semua NGO perlu hadir kursus BTN sebagai prasyarat mendapatkan grant kerajaan.

    7. Masukkan rekod kehadiran kursus BTN kedalam ciri-ciri tapisan sulit/halus

    Wassalam

    Tenaga Penggerak Vetran

  2. salam dato...

    izinkan saya menyalin berita yang pasti memberi ppukulan maut untuk Lim Kit Siang ini.

    saya juga setuju komen tenaga penggerak vetran demi kebaikan negara kita.

    jika runtuh agensi yang berjasa menyatukan rakyat Malaysia berpuluh tahun ini tentu akan runtuhlah negara kita.

    dakwaan rasis adalah cubaan untuk memburukkan agensi di bawah Jabatan perdana menteri sahaja.

    Kerana isu altantunya sudah basi dan mereka tidak dapat lagi menggunakan isu tersebut untuk kepentingan sempit politik mereka.

    semoga tahun hadapan masa depan melayu dan juga bangsa lain akan lebih gemilang.

  3. saya menyokong saranan 'warisan' pada pada perenggan ke 3. kami kakitangan btn amat berharap penuh dari usaha ybhg dato' utk menjadikan kan kami kakitangan tetap. kami takut tsunami politik yang tak menentu ini akan membawa kami hanyut tanpa tempat bergantung disebabkan jawatan kontrak yang disandang. jika kerajaan malaysia yg dipimpim olej BN ini jatuh, maka BTN merupakan agensi pertama yang ditutup. jadi faham-fahamlah nasib kami.

  4. ...saya telah mengikuti kursus BTN sebanyak 3 kali..dengan mengikuti kursus ini saya dapat memahami apa itu tanggungjawab seorang warganegara Malaysia, sejarah, perlembagaan..sehingga kini tidak pernah timbul perasaan perkauman dalam diri saya sebagaimana dakwaan pemimpin DAP..sebaliknya saya lihat mereka inilah yang tebal perkauman, dan semua perkara yang berkaitan dengan orang Melayu mereka akan ungkit dan pertikai..tapi saya tidak menyalahkan mereka sebab kita kenal siapa mereka..

    ..sebelum ini sikap mereka tidak sebiadap ini dalam mempertikaikan hak-hak orang melayu dan ugama Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia..sikap mereka berubah setelah mendapat sokongan orang Melayu sendiri..ya orang Melayu yang terdesak kerana inginkan kuasa..tapi yang pasti 'kuasa' itu akan dapat kepada orang lain..

    ..kita ketawa bila mendengar cerita2 rakyat seperti Pak Pandir, si Lucai dan juga Lebai Malang..sebenarnya watak2 inilah yang sedang dihayati dan dilakunkan oleh sebahagian orang Melayu tanpa disedari..janganlah pula pada suatu masa nanti anak cucu kita kencing diatas pusara kita kerana mereka menyangka yang dikatakan Pak Pandir, Si Luncai dan Lebai Malang itu adalah kita..

    Wak Long

  5. assalamulaikum dato...
    saya amat bersetuju dengan penambahan yang dicadangkan ini. kursus btn ini bukan sahaja perlu kepada pegawai2 atau kakitangan kerajaan yang baru bekerja malahn juga pada mereka yang sudah lama bertugas dan diperluaskan juga kepada kakitangan glc2 dan syarikat2 milik krjaan yg lain.

    Sepertimana yang ramai sedia maklum ada sebilangan sundalan diantara penjawat2 awam yang "otai"ni belot dan khianat kepada negara dan kerajaan. Jika tidak manakan mungkin dokumen2 penting boleh terlepas dan ditayangkan sewenang2nya di alam maya ini

    kerajaan tidak harus tunduk kepada DAP dan talibarut yg lain.siapa sahaja yang cuba manggangu gugat keamanan dan hak kaum bumi harus diganyang habis-habisan

  6. Sahabat,

    Kerja meningkatkan patriotisma secara konsisten, dan membina daya saing Melayu tidak dibuat oleh agensi lain.
    Kerja murni BTN ini mesti diteruskan dan ditingkatkan.

    Persepsi - memperkuatkan Melayu itu racist - sangat salah dan perlu diperbetulkan.
    MELAYU IALAH BANGSA TERAS. Sebagai teras, dia mesti sentiasa dipastikan kuat, supaya keharmonian dapat dipelihara, dan supaya dia dapat terus memayungi orang lain.

    Pengalaman di seluruh dunia menunjukkan, bangsa teras yang lemah, akan sentiasa mewujudkan pergolakan dan ketidakstabilan. Jadi, MEMBELA MELAYU IALAH TUGAS NASIONAL, BUKAN RACIST.

    Tugas BTN hari ini sebenarnya menjadi lebih penting, sebab dalam era globalisasi ini, kalau jatidiri bangsa tidak diperkuat, kita boleh musnah, ditelan arus, dikuasai, dan ditindas...

    Wallahua'alam.

  7. salam Dato'
    saya cadangkan agar peserta PLKN juga ditambah dgn modul BTN walaupun pada pandangan saya kedua2 modul terbabit agak kelihatan sama (saya menyertai PLKN pada tahun 2006 dan BTN pada 2007). dengan penambahan modul BTN dalam subjek yang diajar kem2 PLKN diharap dapat meningkatkan pemahaman pelatih mengenai perlembagaan negara kerana semasa saya mengikuti PLKN pada tahun tersebut, pada pandangan saya modul yang diajar berjaya menanam semangat patriotisme dalam diri pelatih, tetapi saya kurang memahami perlembagaan negara.
    terima kasih

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]