UMNO Juara Rakyat transformasi besar

KUALA LUMPUR 6 Dis. - Program 'UMNO Juara Rakyat' yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam bakal membawa transformasi besar dalam meneruskan tradisi sebagai parti yang benar-benar menjuarai kehidupan rakyat.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, melalui program itu, rakyat boleh melihat kesungguhan parti dalam menterjemahkan hasrat ini melalui program bersepadu yang melibatkan seluruh sayap dan parti komponen Barisan Nasional (BN).
''Kita ambil tema itu kerana yang juarai kehidupan rakyat selama ini adalah UMNO dan BN. Kita yang bela rakyat, kita yang bangunkan negara dan jadikan rakyat sebagai keutamaan melalui tradisi membela rakyat.
''Walaupun pakatan pembangkang datang sebagai satu jenama untuk pembangkang tetapi kita pun tak tahu dia buat apa. Dia asyik pakat-pakat sesama dia.
''Tapi yang tetap menjuarai rakyat adalah UMNO dan BN kerana kita bukan setakat pakat-pakat, tapi hendak menjadi juara di hati dan minda rakyat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Najib pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO meluluskan program UMNO untuk tahun hadapan yang bertemakan 'UMNO Juara Rakyat'.
Sementara itu, Ahmad berkata, Mesyuarat MT yang membincangkan secara panjang lebar tentang perkara tersebut telah bersetuju mengisi program UMNO Juara Rakyat mengikut tema tertentu pada setiap bulan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:50 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for UMNO Juara Rakyat transformasi besar

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]