KL Figos juara Liga Fustal Kebangsaan


SHAH ALAM - KL Figos FC berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Futsal Kebangsaan Felda / FAM 2009 kali kedua berturut-turut bagi kategori lelaki apabila berjaya membenam cabaran Terengganu T-Team pada perlawanan akhir di Stadium Matsushita, semalam.
Walaupun ditentang sengit, ternyata kehebatan Figos yang dibarisi oleh lapan pemain kebangsaan sukar digugat oleh T-Team apabila menang dengan keputusan 5-3.
Petanda kemenangan Figos kelihatan sejak awal permainan lagi apabila mudah mendahului T-Team 5-1 pada 20 minit separuh masa permainan.
Pemain Figos, Mohd. Fadzil Ab. Karim muncul wira pasukannya apabila menjaringkan hatrik, sementara satu gol lagi masing-masing dijaringkan oleh Mohd. Khairul Affendy Mohd. Bahrin.
Gol tunggal T-Team pada separuh masa pertama dijaringkan oleh Mohd. Hishamudin Manjur Aswadi.
Namun, semangat melawan T-Team mencemaskan Figo seketika, apabila berjaya bangkit memberikan tentangan sengit pada separuh masa kedua dengan memperoleh dua gol melalui Shamsul Aswadi dan sekali lagi oleh Mohd. Hishamudin.
Bagaimanapun, pengalaman serta ketenangan Figos yang berjaya menyerap segala tekanan, akhirnya menghampakan T-Team sehingga saat wisel penamat permainan.
Kejayaan itu memberikan Figos menggondol hadiah wang tunai RM30,000 bersama piala pusingan dan T-Team pula meraih RM15,000 selaku naib juara. Tempat ketiga milik Pulau Pinang yang mendapat RM5,000.
Bagi kategori wanita, Selangor mengejutkan juara bertahan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan keputusan 3-1 pada perlawanan akhir.
Jaringan Nora Abu Dardak, Shahila Mohd. Yunus dan Rebecca Jane Harding sudah cukup buat Selangor mengenepikan cabaran PDRM untuk membawa pulang wang tunai RM30,000, bersama piala pusingan.
Tempat ketiga pula menjadi milik KL Figos yang meraih RM5,000. Hadiah bagi kedua-dua kategori wanita disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Pengarah Besar FELDA, merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola Liga Futsal Kebangsaan FELDA / FAM 2009-2010, Datuk Dzulkifli Abd. Wahab.
Penganjuran kejohanan futsal oleh FELDA/ FAM merupakan kali ketiga semenjak tahun 2007.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 8:27 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for KL Figos juara Liga Fustal Kebangsaan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]