MT wajib miliki 5 bahagian angkat
10:40 AM
HULU SELANGOR 10 Jan. – UMNO menunjukkan keikhlasannya untuk menjadi juara rakyat apabila semua ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu diwajibkan mempunyai lima bahagian angkat dari lima buah negeri yang berlainan bagi memastikan program UMNO Juara Rakyat mencapai objektif seperti yang diharapkan.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, satu daripada lima bahagian angkat bagi setiap seorang MT, merupakan bahagian di negeri yang dipimpin oleh pembangkang.
“Pendekatan ini menunjukkan UMNO benar-benar serius dan agresif untuk menawan semula semua kawasan yang kita kalah.
Pada masa yang sama kita juga ingin memastikan rakyat yang selama ini menyokong UMNO juga tidak terpinggir,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan program UMNO Juara Rakyat, di sini hari ini.
Majlis penutup tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Menurut Ahmad, mekanisme pembahagian bahagian angkat tersebut akan diputuskan kemudian dan ia selaras dengan konsep rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
“Kita sudah tidak mempunyai banyak masa. Mulai hari ini, program UMNO Juara Rakyat akan menjadi medium bagi rakyat menilai kerajaan,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, mulai esok program berkenaan akan diteruskan ke semua 191 bahagian UMNO dengan mengekalkan konsep yang telah dipersetujui di peringkat UMNO Pusat.
Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya menyifatkan program tersebut berjaya apabila mencatatkan lebih 50,000 pengunjung.
Katanya, selain sambutan daripada masyarakat, lebih penting program berkenaan terbukti berjaya apabila masalah penghuni Pangsapuri Sri Anggerik yang berlarutan sejak lapan tahun lalu dapat diselesaikan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan RM15.6 juta.
“Komitmen ini menunjukkan keprihatinan UMNO dalam menyelesaikan soal kebajikan, kemiskinan dan masalah infrastruktur. Apatah lagi selepas ini ia akan diteruskan pada setiap bulan,” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 10:40 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0