Semua ahli MT Umno wajib jaga lima 'kawasan angkat'




BUKIT BERUNTUNG: Setiap ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dipertanggungjawabkan menjaga lima bahagian sebagai 'kawasan angkat' di negeri berasingan, termasuk satu kawasan yang dikuasai pembangkang selepas pilihan raya umum lalu. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata prestasi setiap ahli MT dalam melaksanakan program yang memanfaatkan masyarakat akar umbi akan dipantau demi memastikan kejayaan pendekatan menye-luruh Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi meraih sokongan rakyat. "BN menerima hakikat bahawa rakyat mahukan kita berubah dan kita sedia maklum dengan teguran mereka yang diterjemahkan dalam pilihan raya umum lalu. Kita perlu ambil iktibar daripada isyarat ini.
"Setiap anggota MT perlu mengutamakan kawasan 'panas' yang terlepas ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU ke-13) tanpa mengabaikan keperluan empat lagi bahagian angkat di bawah penjagaan mereka. "Program Juara Rakyat yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu hanya sebahagian daripada usaha kita meraih keyakinan rakyat," katanya pada sidang media di tapak ekspo Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa, di sini semalam. Jelas Ahmad, program bulanan bagi memantau permasalahan rakyat peringkat akar umbi itu akan diadakan di 191 bahagian di seluruh negara dengan tema yang berlainan.
Beliau menyifatkan kejayaan program tiga hari di Bandar Bukit Sentosa, yang dihadiri hampir 100,000 orang itu memberi isyarat jelas bahawa rakyat memerlukan perhatian sepenuhnya dan membuktikan usaha yang diambil Umno berada di landasan yang sepatutnya. Katanya, program itu akan diteruskan di Pahang dengan tema pendidikan, Kelantan (kebajikan), Kuala Lumpur (agensi kerajaan); Pulau Pinang (pertubuhan bukan kerajaan (NGO dan swasta), Perak (Wanita dan Keluarga) dan tema belia dan sukan di Terengganu. Program di Johor pula memberi keutamaan terhadap ekonomi dan keusahawanan, Kedah (ibadat dan kerohanian), Sabah (1Malaysia: Perpaduan dan Kebudayaan), Selangor (Pertanian) dan aspek kesihatan serta keselamatan menjadi tumpuan di Negeri Sembilan. Tema kerjaya dan kemahiran menjadi pilihan di Melaka manakala program penutup tirai pada akhir tahun ini di Perlis bertemakan sejarah Umno dan BN.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:42 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Semua ahli MT Umno wajib jaga lima 'kawasan angkat'

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]