Najib Lancar Program UMNO Juara Rakyat Sabtu Depan

HULU SELANGOR, 2 Jan (Bernama) -- Program Umno Juara Rakyat peringkat kebangsaan akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti di Bandar Bukit Sentosa di sini pada Sabtu depan.Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata program itu membawa maksud parti itu menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan membangunkan rakyat dan sentiasa di barisan hadapan membela dan menyelesaikan masalah rakyat."Program terbesar Umno itu pada tahun ini juga bermakna Umno berusaha menjadi nombor satu di dalam hati dan minda rakyat dan rakyat menjadi nombor satu dalam perjuangan Umno, kalau ada masalah apa-apa Umno yang datang dulu turun padang menyelesaikan masalah rakyat," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat program berkenaan di Pusat Komuniti Bukit Sentosa, Bandar Bukit Sentosa di sini, pada Sabtu.Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Umno negeri akan melaksanakan program itu secara bergilir-gilir setiap bulan bermula di Selangor mengikut tema tertentu manakala semua 191 bahagian Umno di seluruh negara akan melaksanakan program Umno Juara Rakyat pada skala lebih kecil selama dua hari satu malam pada setiap minggu."Antara perkara yang kita tumpukan dalam program ini ialah mengenai pendidikan, kebajikan, petani, penternak, nelayan, badan bukan kerajaan, swasta, ekonomi, kerohanian, perpaduan, kebudayaan, kesihatan, keselamatan, kerjaya, kemahiran, sejarah Umno dan juga Barisan Nasional (BN)," katanya.Beliau berkata pelancaran program berkenaan pada 8 hingga 10 Jan dijangka dihadiri kira-kira 20,000 orang yang terdiri daripada anggota Umno, parti komponen BN dan penduduk sekitar."Sebanyak 125 gerai pameran melibatkan 100 pengusaha swasta dan individu akan disediakan selain pelbagai aktiviti menarik lain seperti majlis Forum Perdana yang akan dirasmikan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Jan."Selain itu ada juga pertandingan syarahan 1Malaysia, pertunjukan kebudayaan, pertandingan nasyid serta futsal, sesi bersama ikon rakyat dan banyak lagi...jadi saya menyeru semua dapat hadir memeriahkan majlis," katanya.Ditanya mengapa lokasi di kawasan Hulu Selangor dipilih untuk majlis perasmian program itu, Ahmad berkata ia adalah permintaan Perdana Menteri yang ingin turun padang bertemu masyarakat."Kita nak elakkan program Umno hanya bertumpu di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur) sahaja, kita nak anjakkan ke kawasan pedalaman kerana permintaan Datuk Seri Najib yang ingin turun padang," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:15 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

4 comments for Najib Lancar Program UMNO Juara Rakyat Sabtu Depan

  1. JANGAN BUAT MAKSIAT SUDAH!

  2. KERIS PUTERA Malaysia 2020

    SALAM 1 MALAYSIA..

    UMNO JUARA RAKYAT?

    WAJAR KAH TAG "JUARA RAKYAT" DIGUNA PAKAI?
    LAYAK KE UMNO MENJADI JUARA RAKYAT?
    ADAKAH SUDAH TIDAK ADA LAGI GOLONGAN DAIF DAN FAKIR DI MALAYSIA INI?
    ADAKAH SUDAH TIDAK ADA LAGI KANAK2 YANG TERTINGGAL PELAJARAN?
    ADAKAH SUDAH TIDAK ADA LAGI PENGEMIS2 DIJALANAN YANG BERBANGSA MELAYU?
    ADAKAH DEB KITA SUDAH MELEPASI 20%(TARGET 30%)
    Pemimpin2 UMNO HARUS JAWAB!!
    KENAPA PERLU TERGESA-GESA MELAKUKAN PROGRAM NI?
    AHMAD MASLAN SILA JAWAB MANA PERGI PROGRAM BANTUAN BERAS UNTUK GOLONGAN MISKIN?TANGGUH ATAU ADA MASALAH DISEBALIKNYA?
    AHMAD MASLAN SILA JAWAB ADAKAH DENGAN TAG "JUARA RAKYAT" ITU UMNO DAN KERAJAAN TIDAK AKAN MENAIKAN HARGA BARANG?
    BARU2 INI HARGA GULA NAIK 20SEN
    WALAUPUN 20SEN ORANG KATA ALA BARU SIKIT JE
    TAPI TAHUKAH AHMAD MASLAN ADA JUGA YG TERJEJAS DENGAN KENAIKAN ITU..
    AHMAD MASLAN KENA JAWAB
    ADAKAH ADA PEMIMPIN2 UMNO HADIR KE MAHKAMAH KETIKA KEPUTUSAN PENGUNAAN KALIMAH ALLAH DIADAKAN?(PEMIMPIN PAS PUN SAMA YE)
    ITU JUARA RAKYAT?
    ITU JUARA RAKYAT YG DIMAKSUDKA SANGAT?
    JUARA RAKYAT BAKAL MEMAKAN DIRI JIKA UMNO GAGAL MEMPERTAHANKAN TAG JUARA ITU..
    ADAKAH KETUA2 CAW SUDAH BERSEDIA MENJADI JUARA RAKYAT?
    ADAKAH KETUA2 CAW SUDAH SEDIA TURUN PADANG?
    ADAKAH KETAU2 CAW SUDAH SEDIA BANTU RAKYAT?
    ADAKAH KETUA2 BAHAGIAN SUDAH SEDIA TURUN KE BAWAH?
    ADAKAH KETUA2 BAHAGIAN SUDAH SEDIA NAK LIHAT MASALAH RAKYAT?
    ADAKAH KETUA2 BAHAGIAN DAH SEDIA BERSALAM DENGAN RAKYAT?
    ADAKAH KETUA2 BAHAGIAN SUDAH SEDIA PAKAI DUIT POKET SENDIRI?
    HAHAHAH NAK TERGELAK AKU DENGAR..
    AMIK CONTOH LA SELANGOR LA
    ADAKAH KETUA PEMUDA SELANGOR DAH SEDIA AMIK SELANGOR?
    "BUKAN SENANG NAK RAMPAS SELANGOR" CHIT PODAH!!!
    TAHUKAH ANDA SIDANG MEDIA PEMUDA SELANGOR SEMALAM PALING BANGANG PUNYA..
    JANJI KUL 3 START TAPI KUL 4 BARU MULA..
    CAKAP PUN TERGAGAP-GAGAP..
    CAKAP PUN LANGSUNG TAK SEMANGAT..
    HAIH MEMANG SUSAH NAK TAWAN SELANGOR SELAGI SUHAIMI KETUA PEMUDANYA.....
    RENUNG2KANLAH
    SELAMAT BERAMAL..

    KERIS PUTERA

  3. AMENO Chacha Marba

    MUNGKIN istilah "JUARA" ni,sebagai HERO adalah merupakan "masuk bakul angkat sendiri".....kita mau UMNO berbakti kepada RAKYAT,untuk RAKYAT,
    kerana RAKYAT dan BERSAMA RAKYAT....barulah ada MESRA RAKYAT....!!!!

    UMNO sekarang perlu macam resmi padi,makin berisi makin TUNDUK,bukan ikut
    resmi LALANG,makin berkuasa makin MENDONGAK..!!

  4. Saya rasa pemimpin2 UMNO mesti dibawa balik mempelajari SEJARAH TANAH MELAYU,MALAYA dan Malaysia moden,dari tempoh 1 Masihi-1000Masihi
    dari 1000 Masihi hingga 1400 Masihi (632AD- 1000AD,1000AD-1400AD,1400-1957,1957-2008).....

    Selepas program diUlu Selangor ni,bawalah 63500 orang kuat orang kuat UMNO ke-MELAKA(ada beberapa muzium di-situ).JANGAN SPONSOR mereka!!
    BIAR MEREKA BERKORBAN demi UGAMA,BANGSA dan Tanah air,macam semangat tahun 1946-1955...!!!
    HANYA TENTUkan KEHADIRAN WAJIB...!!!Kalau tak jangan jadi AJK,Ketua Cawangan,Ketua Bahgian dsb
    Dengar kata DS Najib akan ke Melaka pd 14hb Januari ni,jadi inilah masa yg SESUAI.....UMNO BERSAMA RAKYAT.....Just DO IT..!

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]