UMNO Pahang kesan 200,000 belum daftar pemilih

KUALA LIPIS 19 Jan. - Biro Daftar Pemilih Badan Perhubungan UMNO Pahang sedang giat mengesan 200,489 rakyat negeri ini yang layak mengundi untuk didaftarkan sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusinya, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, untuk itu pihaknya bekerjasama dengan SPR bagi mengesan golongan terbabit termasuk kelompok masyarakat Orang Asli yang tinggal di pedalaman negeri ini.
''Kita juga akan meminta kerjasama UMNO di peringkat bahagian dan cawangan untuk mengesan golongan tersebut agar mereka dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
''Kebanyakan penduduk berkenaan ada yang bekerja di Lembah Klang manakala sebahagiannya tinggal di luar bandar termasuk Orang Asli di pedalaman negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program penerangan dan taklimat mengenai pendaftaran pemilih, pengundi baru dan pendaftaran keahlian UMNO Bahagian Cameron Highlands sempena Program Juara Rakyat di Sungai Koyan, dekat sini semalam.
Majlis perasmian program itu disempurnakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Menurut Wan Rosdy, daripada 1.4 juta penduduk negeri ini, seramai 615,218 telah mendaftar sebagai pemilih manakala 200,489 orang lagi yang kebanyakannya golongan muda masih belum berbuat demikian.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:18 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for UMNO Pahang kesan 200,000 belum daftar pemilih

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]