BTN rancang adakan 500 seminar 1Malaysia tahun ini


KUALA LUMPUR 22 Feb. – Biro Tatanegara (BTN) akan mengadakan 500 seminar 1Malaysia untuk agensi kerajaan, kumpulan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, seminar itu bertujuan memberi penjelasan kepada masyarakat berikutan kajian BTN mendapati masyarakat Malaysia masih kurang jelas tentang penerapan nilai-nilai aspirasi yang perlu ada dalam menjayakan gagasan itu.
"Lain orang, lain pemahaman tentang konsep 1Malaysia ini, majoriti memahami 1Malaysia ialah rakyat pelbagai kaum yang hidup dalam harmoni.
"Tetapi dalam gagasan 1Malaysia ini ada lapan nilai aspirasi yang perlu ditekankan, bab itu yang kurang difahami di sini,” katanya pada sidang akhbar selepas memberi ceramah 1Malaysia peringkat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kompleks Kerajaan Jalan Duta di sini hari ini.
Ahmad Maslan berkata, kajian BTN juga mendapati lebih 90 peratus persepsi rakyat bersetuju bahawa gagasan 1Malaysia mampu mengukuhkan perpaduan dan mampu memacu negara ke arah Wawasan 2020.
"Kajian itu dilakukan pada Januari lepas di Hulu Selangor ke atas 2,274 orang terdiri daripada 87 peratus orang Melayu, dua peratus bumiputera, satu peratus kaum Cina dan kaum India dan lain-lain kaum masing-masing lima peratus,” katanya.
Beliau berkata, sehingga hari ini, sebanyak 34 siri seminar telah dilaksanakan di seluruh negara dengan penyertaan seramai 5,975 orang. – Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:42 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for BTN rancang adakan 500 seminar 1Malaysia tahun ini

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]