Peneroka desak kerajaan bantu halang 'pengacau' di Felda
3:52 AM
KUALA KRAU 14 Mac - Golongan peneroka di sini meminta Felda dan kerajaan menggunakan kuasanya untuk menghalang individu atau kumpulan yang masuk ke tanah rancangan untuk berceramah politik bagi tujuan memecahbelahkan perpaduan.
Menurut mereka, ini kerana wujud keghairahan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) tertentu sejak akhir-akhir ini untuk masuk ke tanah rancangan bagi memanipulasi pelbagai isu untuk menarik sokongan peneroka.
Katanya, kegiatan kumpulan terbabit berjaya mengelirukan pemikiran segelintir warga Felda yang menyebabkan mereka tidak lagi berterima kasih dengan kerajaan.
Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Pahang, Suhaimi Tan berkata, sudah sampai masanya Felda menggunakan kuasanya menghalang pihak tertentu berceramah politik di tanah rancangan.
Katanya, kumpulan terbabit bijak memilih isu yang menjadi perbualan peneroka seperti masalah rumah kediaman, Felda Plantations dan potongan pendapatan 20 peratus.
''Kumpulan itu bijak bermain dengan janji retorik tetapi menghilangkan diri apabila matlamat mereka gagal,'' katanya.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam Mingguan Malaysia hari ini yang menggesa pihak memecahbelahkan keharmonian warga Felda menghentikan perbuatan buruk itu.
Suhaimi menegaskan, pihaknya menentang keras mana-mana pihak menggunakan tanah rancangan untuk menyebarkan fahaman politik sempit bagi tujuan memecahbelahkan perpaduan di kalangan peneroka.
Tegasnya, Felda telah melaksanakan pelbagai program untuk membantu peneroka termasuk generasi keduanya seperti skim perumahan dan latihan kemahiran.
Naib Presiden 1 MBFM, Ahmad Saari Abdul Samad menyifatkan golongan luar yang cuba menjadi juara peneroka dianggap sebagai pengacau yang iri hati dengan kejayaan Felda membangunkan tanah rancangan.
Katanya, rakyat yang rasional harus menyokong agenda pembangunan yang dirancang oleh Felda, bukan meruntuhkan ia hanya kerana perbezaan fahaman politik.
''MBFM tetap bersama Felda menentang mana-mana individu dan kumpulan yang rakus memburuk-burukkan Felda dan kerajaan seolah-olah kedua-duanya tidak pernah berjasa,'' katanya.
Bagi anggota Exco MBFM, Mohd. Nasohburi Ismail, generasi baru Felda perlu berfikiran rasional terhadap kebaikan Felda dan kerajaan yang terbukti berjaya meletakkan masyarakat Felda pada tahap membanggakan.
''Jangan rosakkan kebaikan yang telah diterima hanya semata-mata terpengaruh dengan hasutan dan adu domba pihak luar berkaitan isu kecil yang boleh diselesaikan secara rundingan," katanya.
Bagi Ahli Jawatankuasa Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Anuar Abdul Rahman, 46, pihaknya menyokong gesaan Ahmad supaya pihak berkepentingan politik tidak mengacau keharmonian di tanah rancangan.
''Kelompok ini seperti Persatuan Anak Peneroka Felda Semalaysia (ANAK) yang didalangi Pas bertindak kononnya mewakili warga Felda menuntut keadilan sosial daripada kerajaan,'' katanya.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Gabungan Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar mahu warga Felda menolak kehadiran mereka di tanah rancangan masing-masing.
''Felda telah melaksanakan lebih 50 pembaharuan dan penambahbaikan untuk memastikan warganya mendapat faedah maksimum,'' katanya.
Sulaiman menolak keras tohmahan pembangkang kononnya wujud perlanggaran hak asasi, penipuan dan diskriminasi di tanah rancangan sedangkan pada hakikatnya masyarakat Felda semakin maju dan berdaya saing.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 3:52 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0