'Hentikan pecah belah Felda'


PUTRAJAYA 13 Mac - Pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian peneroka Felda digesa menghentikan segera perbuatan itu demi memastikan masa depan dan daya saing anak-anak peneroka terus terbela.
Mengingatkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengakui Felda kini 'diasak' dengan sentimen politik oleh pihak berkepentingan yang cuba memanipulasikan generasi keduanya.
Beliau menarik perhatian antara isu yang cuba diketengahkan kumpulan terbabit adalah mahu supaya semua rumah dan kebun dalam Felda Plantation diserahkan kepada generasi kedua.
''Kalau dibuat begitu, bagaimana kita hendak bantu anak-anak peneroka.
''Ini kerana keuntungan hasil Felda Plantation ini dinikmati oleh anak peneroka termasuk perkara-perkara seperti bonus tahunan, penyediaan program ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), universiti serta skim tuisyen.
''Jika segalanya diserah kepada generasi kedua, apa lagi yang tinggal," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Ahmad mengulas Forum Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan keluhan seorang pembaca terhadap perbuatan pemimpin pembangkang menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia pada hujung Februari lalu mendakwa pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan berlakunya penipuan oleh Felda.
Sambil menggelar pihak terbabit sebagai 'musang' masuk Felda, pembaca yang hanya mahu dikenali 'Peneroka Sakit Hati' dari Jengka itu menaruh keyakinan bahawa anak-anak Felda sekarang sudah bijak pandai.
''Tapi kena berfikir kesan pengaruh politik pembangkang yang sedang meresap masuk bagaikan musang di malam hari," kata pembaca itu.
Menurut Ahmad, sejak 1956 hingga hari ini Felda berjaya mengeluarkan sejumlah 112,635 keluarga daripada putaran ganas kemiskinan.
''Kita telah sedia dan berikan tanah serta segala perancangan untuk mereka membina kehidupan dalam keseluruhan 317 rancangan Felda," katanya.
Kata Ahmad: ''Jumlah keseluruhan generasi baru peneroka termasuk ibu bapa mereka adalah 1.5 juta orang dan yang komplen hanya segelintir sahaja.
''Mereka yang buat perkara ini bertujuan untuk memang dalam pemilihan parti atau hendak tonjolkan diri supaya mendapat nama dan tempat dalam parti berkenaan."

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:51 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 'Hentikan pecah belah Felda'

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]