Tiga pemangkin kemenangan BN di Hulu Selangor

DATUK Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO memotong kek sempena setahun beliau menjadi Perdana Menteri dan menerajui UMNO, sebelum mesyuarat majlis tertinggi parti itu, di PWTC Kuala Lumpur, 26 Mac. - Utusan-

JOHOR BAHRU 28 Mac – Barisan Nasional (BN) yakin mampu merampas semula kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil akan datang berdasarkan kepada tiga faktor utama. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Selangor merupakan faktor utama yang boleh dijadikan pemangkin kepada kemenangan tersebut. Katanya, sejak pakatan pembangkang mengambil alih tampuk kepimpinan negeri itu, tiada sebarang pembangunan fizikal dilakukan sebaliknya hanya meneruskan pembangunan yang dibawa kerajaan BN. “Saya selalu ke Selangor dan mendapati tiada satu pun pembangunan fizikal baru yang dijalankan kerajaan negeri sebaliknya mereka hanya meneruskan kesinambungan pembangunan kerajaan BN. “Tiada bangunan baru, tiada kilang baru dan ini membuktikan bahawa mereka tidak mampu untuk memberi sumbangan kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Gagasan 1Malaysia peringkat negeri di sini hari ini. Beliau mengulas persediaan BN bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad Khamis lalu. Ahmad berkata, faktor kedua yang boleh dijadikan senjata pada pilihan raya kecil ini adalah pendedahan masalah dalaman kerajaan pakatan pembangkang oleh empat Ahli Parlimen Bebas iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zukifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu). Katanya, pendedahan itu merupakan aspek penting bagi pilihan raya kecil kali ini kerana ia memberi gambaran jelas kepada rakyat khususnya Parlimen Hulu Selangor terhadap kelemahan pembangkang memerintah sesebuah negeri. Tambahnya, sebelum ini kerajaan BN hanya tewas sebanyak 198 undi di situ pada Pilihan Raya Umum (PRU-12) lalu dan memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 6,167 undi.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:11 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Tiga pemangkin kemenangan BN di Hulu Selangor

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]