Juara Joran Bagus menang RM25,000 sumbang RM500

PONTIAN 28 Mac - Sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan pemancing, juara pertandingan memancing pra siri grandprix anjuran Joran Bagus, R. Murthy, 41, telah menyumbangkan sebanyak RM500 kepada para pemancing.

R. Murthy, dari Ampang, Selangor secara sukarela telah menyumbangkan RM500 daripada hadiah wang tunai yang dimenanginya iaitu RM25,000 selaku juara pada pertandingan tersebut.

Sumbangan tersebut diberikan kepada lima pemancing melalui cabutan bertuah dengan setiap seorang menerima RM100.

Kata Murthy, kejayaan meraih hadiah utama merupakan yang pertama kali dimenangi daripada lima kali pertandingan memancing anjuran Joran Bagus tersebut.

Menurutnya, sebahagian daripada hadiah kemenangan tersebut akan digunakan bagi membiayai pelajaran anaknya selain digunakan untuk menyertai pertandingan memancing seterusnya.

"Saya pun tidak menyangka tuah menyebelahi saya hari ini, namun ia cukup menggembirakan saya dan juga rakan-rakan yang datang dari jauh ke Pontian," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini semalam.

Seramai 1,489 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut sebagai pembuka tirai siri memancing anjuran Joran Bagus di Pusat Perdagangan Pontian, di sini yang dilancarkan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.

Hadiah kepada pemenang utama telah disampaikan oleh Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor, A.Jabar Md. Tahir.

Turut hadir, Pengurus Besar Joran Bagus Berhad, Azmi Nan dan wakil dari pemaju Pusat Perdagangan Pontian, Paiman Bari.

Murthy yang bekerja sebagai pemandu lori telah berjaya menaikkan ikan belukang seberat 1,455 yang diperolehi selepas setengah jam pertandingan dimulakan.

"Saya suka dengan cara penganjuran pertandingan ini dan akan terus menyertainya pada masa akan datang serta bersedia untuk menjelajah ke utara dan pantai timur," jelas beliau lagi.

Sementara itu, Pengurus Besar Joran Bagus, Azmi Nan memberitahu, perubahan konsep pertandingan pada tahun ini adalah bagi memenuhi permintaan dari para pemancing luar agar ia diadakan di tempat mereka.

Katanya, jika sebelum ini tumpuan di Johor, ia kini akan diadakan di Melaka, Kedah serta Pulau Pinang sebelum bercadang ke Pahang dan Terengganu.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 9:10 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Juara Joran Bagus menang RM25,000 sumbang RM500

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]