Trend Keluar Parti Beri Isyarat Kepada Rakyat Tolak Pembangkang - Ahmad Maslan

SUNGKAI, 4 Mac (Bernama) -- Tindakan keluar parti oleh beberapa wakil rakyat dari pakatan pembangkang memberi isyarat kepada rakyat agar meneliti semula sokongan mereka terhadap gabungan itu, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.Beliau berkata ini kerana tindakan tersebut menunjukkan wakil rakyat berkenaan sudah hilang keyakinan terhadap prinsip dan perjuangan parti mereka.Senario ini dijangka berterusan sebab mereka juga sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Khidmat Kesihatan Yayasan Felda, di sini.Beliau diminta mengulas tindakan tiga anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak keluar dari parti itu dalam tempoh kurang sebulan.Mengulas lanjut, beliau berkata PKR kini disifatkan sesetengah orang sebagai 'Pakatan Kian Rebah', justeru anggotanya wajar 'Pakat Keluar Ramai-ramai'."Justeru, ia menjadi isyarat kepada rakyat, (agar) tidak perlu masuk DAP, PAS dan PKR kerana buat apa nak masuk jika ingin keluar semula...baik jangan masuk langsung."Saya menyeru kepada semua aktivis parti dan politik selain sesiapa terfikir untuk berpolitik, jangan masuk DAP, PKR dan PAS, tetapi masuk serta berjuang dengan Umno dan BN (Barisan Nasional)," katanya.Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Mentei berpendapat tindakan itu turut menunjukkan kaedah yang digunapakai oleh BN tidak serasi untuk dipraktikkan oleh pembangkang.Beliau turut menafikan dakwaan trend keluar parti itu didalangi Umno dan BN.Masing-masing keluar parti kerana alasan tersendiri bukan disebabkan ganjaran atau jawatan, katanya.-- BERNAMA

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:58 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Trend Keluar Parti Beri Isyarat Kepada Rakyat Tolak Pembangkang - Ahmad Maslan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]