Dewan Rakyat: APMM Kini Punyai 126 Vessel Dan Lima Pesawat - Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) setakat tahun lepas mempunyai 126 buah pengangkutan air yang terdiri daripada 50 buah kapal dan 76 bot, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Katanya selain itu, APMM juga mempunyai lima buah pesawat.

"Kos pengendalian dari aspek penyelenggaraan dan penggunaan minyak bagi kesemua aset tersebut pada tahun 2008 adalah berjumlah RM190.6 juta manakala 2009 sebanyak RM167.8 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat.

Ahmad berkata bagi proses penyerapan aset kapal dan bot milik Polis Marin dan Jabatan Perikanan ke dalam APMM, kos yang terlibat adalah merupakan kos senggaraan dan pembaikan iaitu anggaran RM500,000 hingga RM1 juta bagi setiap kapal yang panjangnya antara 20 hingga 30 meter.

Ahmad berkata penyerapan aset kuarters, pangkalan dan jeti pula lebih merupakan kos penjimatan kepada kerajaan.

"Jumlah keseluruhan kos penjimatan tidak dapat ditentukan ketika ini kerana ia bergantung kepada bilangan aset yang akan diserap. Adalah dijangkakan setiap pangkalan termasuk kuarters akan melibatkan kos penjimatan sebanyak RM60 juta hingga RM80 juta," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 12:48 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Dewan Rakyat: APMM Kini Punyai 126 Vessel Dan Lima Pesawat - Ahmad Maslan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]