Giliran Pas kehilangan ahli
9:40 AM
HULU SELANGOR 23 April - Selepas dua hari berturut-turut ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pengumuman keluar parti di kawasan Parlimen ini, hari ini, giliran Pas pula berdepan dengan situasi tersebut. Kali ini membabitkan 20 ahli Pas diketuai Ariff Kamaruddin yang merupakan penggerak Pas yang aktif di peringkat akar umbi. Ariff yang lebih dikenali sebagai Pak Tam oleh penduduk setempat berkata, tindakan itu berpunca daripada kekecewaannya melihat struktur parti yang amat lemah. Katanya, pemimpin Pas juga tidak pernah bertanya khabar penyokong akar umbi dan kerana itulah beliau tidak pelik parti itu tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat. "Saya telah membuat perbandingan antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO, secara ikhlas saya ingin tegaskan bahawa tiada parti lain yang dapat menandingi UMNO. "Saya juga yakin kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu membawa Malaysia ke peringkat yang lebih baik," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Selain menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, beliau secara simbolik turut menggunting kad keahlian Pas di hadapan wakil media. Dalam perkembangan berkaitan, Ariff berkata, beliau sebenarnya pernah memohon untuk membuka cawangan Pas di pekan Kuala Kubu Bharu. Katanya, permohonan itu bagaimanapun ditolak tanpa sebab-sebab yang konkrit. Lantaran itu, katanya, ahli-ahli Pas yang sepatutnya berdaftar di cawangan baru itu 'ditaburkan' ke cawangan berhampiran.
Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan
on 9:40 AM.
Filed under
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0
Marilah UMNO dan Pas bersatu. Ini bukan masa kita jatuh menjatuh...jangan jadi ketam dalam baldi..
Kenapa susah sangat nak bersatu????
Ini bukan masa kita berbalah....tengok cina dalam diam-diam mereka ada agenda tersendiri iaitu nak menguasai jajaran dari Singapura hingga ke Perak..
Wahai pemimpin UMNO dan Pas jangan tidur lagi...jangan kau jual bangsa dan agama Islam tercinta.. bangun bangun bangkit...
penghalang perpaduan PAS + UMNO ni...nik aziz la...
Saya, rasa kita perlu memperkemaskan kubu-kubu kuat kita serta para pengundi yang memberi undi tak berbelah bagi kepada BN, segala projek kecil mahu pun berskala besar wajib ditunaikan dan YB YB mestilah kerap turun padang membuat lawatan tanpa segan silu kalau terpaksa mengetuk pintu hanya semata-mata untuk bertanya khabar. Kalau hanya menunggu masa nak muncul PRK atau PRU baru nak turun padang amatlah "bermasalah".
Saya amat kagum dengan YB baru Kamal ini. Saya tengok beliau cergas, senyum pun manis, "berkawad" ke hulu ke hilir dengan berjalan kaki mcm atlit. Rakyat pun happy dan berbesar hati, malah kita juga mengharapkan YB Kamal akan dan terus maju dan tidak layu.
BN harus fikir kembali status pemberian kepada pegundi tegar yg jenis tahu mengambil tapi menyokong pakatan. Sekali sekala kita kena main permainan pakatan, yang apa saja BN kasi ambil tapi pangkah pakatan walaupun kita tahu pakatan hanya tahu buat janji kosong dan masih pangkah pakatan. Bila kita tak bantu maka dengar pula suara suara sumbang..bukan satu Malaysia Rakyat didahulukan, serba tak kena. Orang melayu perlu sedar bahawa mereka cuma dipermainkan serta dihalusinasikan oleh DAP/PKR. Saya pasti orang melayu P Pinang kini dalam tidak dapat pembelaan sewajarnya. PAS yg berapa kerat pun tak de suara nama melayu, harapkan puak melayu dlm pkr...ehmmm boleh laa tongkat dagu tunggu dan menunggu, baik dari gaya YB atau AMK ada yang berbawa-bawa style gaya Anwar cara cakap, tone suara pun lebih kurang.
Apa pun tahniah buat semua, kerana you all really all out, saya betul betul kagum dan sedih bercampur gembira diatas kemenangan BN di Hulu Selangor. BN dan UMNO tidak boleh lagi pandang ke belakang dan perlu berkerja keras serta be with RAKYAT serta dengar masalah RAKYAT ..siasat dahulu permasalahan mereka ini dan dengan bantuan JKKK serta ahli BN/UMNO bersama membantu Rakyat yang memerlukan bantuan.
Sedarlah wahai orang PAS, kembalilah kepangkuan UMNO kerana
1. Menyembah Allah swt. yang satu
2. Mengakui Nabi Muhammad saw yang sama
3. Solat pada arah kiblat yang sama
4. Membaca Al-Quran yang sama
5. Kamu keluar UMNO kerana "tak puas hati"
6. Isu orang PAS cuma tak setuju Loteri kebajikan Masyarakat
7. Persatuan kamu ditubuhkan di bangunan UMNO
8. Pendaftaran parti kamu diluluskan oleh penjajah Inggeris yang mengharamkan Hisbul Muslimin.
9. Dalam pembangkang kamu bukan juara tapi sekadar pencacai DAP dan PKR.
10.Jika tak mau kembali kepangkuan UMNO, PAS hanya perlu masuk BN... itu saja.
Melayu/Islam akan Dominan di Malaysia.
Janganlah buat lawak..Hidup Pakatan Rakyat!!!!!!!
Parti sebenar yang membela orang islam dan melayu adalah PAS..bukan duit atau kebendaan selama-lamanya..
Komposisi melayu islam semasa merdeka cecah 85% tapi kini sekitar 54% sahaja..Kenapa jadi begini YB?Harap YB boleh jawab selaku Ketua Penerangan UMNO Malaysia...Dimanakah kekuatan dan tunjang perjuangan UMNO selama ini..Cina kini agak menolak UMNO?
Mudah-mudahan ini satu permulaan yang baik bagi perpaduan umat.
Kata tak boleh politik dalam masjid..mana satu betul nie. Bingung pakcik.
http://2.bp.blogspot.com/_hwdf_UC61JI/S9fYb5E56bI/AAAAAAAAB0s/LAQuzvtFWS0/s1600/kerja+UMNO.jpg