Rosmah Turut Luang Masa Berkempen Di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 22 April (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tidak melepaskan peluang berkempen bagi meraih undi penduduk di Felda Kampung Soeharto bagi calon Barisan Nasional (BN) P.Kamalanathan.

Ketika merasmikan Program Sentuhan Kasih 1Malaysia anjuran Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (Kasih) di sini hari ini, beliau meminta penduduk memilih Kamalanathan yang sudah berjanji untuk berusaha keras demi kepentingan masyarakat.

"Kalau dia jadi wakil rakyat di sini, bila ada masalah, anda semua boleh berjumpa dan beliau akan panjangkannya kepada pemimpin tertinggi yang lain," katanya.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.

Rosmah, yang juga Yang Dipertua Kasih, berkata penduduk di situ juga sewajarnya menghargai jasa BN yang telah memperjuangkan nasib peneroka Felda sejak berpuluh tahun yang lalu.

"Di bawah naungan kerajaan BN, perkembangan, kemajuan dan kebajikan peneroka Felda sentiasa diberi perhatian utama sehingga ada yang menjadi jutawan dan anak-anak peneroka ramai yang sudah ke menara gading serta memegang jawatan tinggi," katanya.

Pada majlis itu, Rosmah turut menyerahkan sumbangan kepada tujuh pusat Pemulihan Dalam Komuniti di kawasan Parlimen Hulu Selangor bagi membiayai kos program latihan dan aktiviti masing-masing.

Pada majlis yang sama, Ahmad menyerahkan surat pinjaman perumahan kepada 49 penduduk dari empat rancangan Felda di kawasan Hulu Selangor.

Katanya peruntukan itu sudah diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau datang sini awal bulan ini.

Jumlah keseluruhannya ialah RM6.1 juta bagi 158 peneroka sekitar Hulu Selangor.

"Tujuannya untuk menceriakan dan mengindahkan rumah peneroka dan hasrat Datuk Najib agar tak ada lagi rumah-rumah asal macam dulu. Kita juga nak jaga kebajikan mereka dan nak adakan perubahan pada kehidupan mereka," katanya.

Ahmad berkata purata RM30,000 dan RM40,000 pinjaman tanpa faedah diberikan kepada peneroka yang layak dan ia perlu dibayar dalam masa 20 tahun pada kadar kurang daripada RM300 sebulan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:54 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for Rosmah Turut Luang Masa Berkempen Di Hulu Selangor

  1. Salam Perjuangan..

    Kami dari Unit Media Wangsa Maju amat teruja dengan pengendalian blog YB yang memaparkan artmembongkarikel2 yang berani dan tangkas.

    Kami berharap kita dapat berkongsi idea dalam menyiarkan artikel2 yang mampu menyedarkan masyarakat tentang taktik2 kotor pembangkang.

    Kami juga akan membantu YB dalam memberi penerangan dan membongkar Zaid Kaki Mabuk.

    Layari blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan beri komen2 yang bernas serta cadangan bagi memantapkan artikel2 kami.

    Kami juga mengalu2kan penyertaan blog YB sebagai Follower kami.

    Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju, Dato' Dr. Mohd Shafei Abdullah menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

    Sekian dari,

    AMAT
    Crew Unit Media Wangsa Maju.

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]