Faktor Kaum Cina Di Sibu Terus Sokong BN

SIBU, 4 Mei (Bernama) -- Kematangan politik dan kesinambungan pembangunan di Sibu merupakan faktor yang mendorong pengundi kaum Cina di sini terus menyokong kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan Selasa.
Beliau yang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pengundi Cina di Sibu memahami perjuangan kerajaan pimpinan BN yang akan melaksanakan pelbagai projek pembangunan di sini.
"Kemerosotan sokongan pengundi Cina pada pilihan raya kecil di Hulu Selangor tidak terpakai di (pilihan raya kecil) Sibu. Kita positif tentang perkara ini.
"Berdasarkan kajian yang dibuat beberapa kali (ketika pilihan raya), pengundi Cina di Sarawak adalah tidak sama dengan di Semenanjung Malaysia. Pengundi Cina di sini memahami dan matang dalam politik pembangunan BN. Mereka faham dan sedar BN ada kuasa, suara, keupayaan, peruntukan, dan perancangan.
"Mereka mahu kesinambungan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan pusat dan negeri selama ini diteruskan," katanya kepada pemberita selepas memberi ceramah kepada kira-kira 800 peserta di "Seminar Gagasan 1Malaysia Pemimpin Bersama Rakyat" di Pusat Pameran dan Perdagangan di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan pimpinan BN sentiasa meneruskan pelaksanaan projek, tanpa mengira pilihan raya atau tidak, untuk memastikan agenda pembangunan di kawasan itu dapat diteruskan dan rakyat dapat menikmati hasil pembangunan.
"Namun begitu, pembangkang mendakwa BN mengambil kesempatan untuk pancing undi.
"Adalah tidak menjadi kesalahan dalam pilihanraya untuk meluluskan permohonan bagi pelaksanaan projek pembangunan. Ia bukan perkara asing lagi kerana ia turut dipraktikkan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan pakatan pembangkang sebelum dan semasa tempoh berkempen," katanya apabila diminta mengulas kenyataan pembangkang yang meminta pengundi di sini mengambil kesempatan unutk mendapatkan lebih banyak projek pembangunan sepanjang pilihan raya kecil Sibu.
Ahmad yang juga terlibat dalam 10 pilihanraya kecil selepas pilihan raya umum pada Mac 2008, yakin BN akan terus mencatat kemenangan dalam pilihanraya kecil di Sibu pada 16 Mei ini.
"Kemenangan cemerlang dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang dan Hulu Selangor akan menyuntik semangat BN. Saya berharap dua trend ini dapat diulangi di pilihan raya kecil di Sibu," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:57 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Faktor Kaum Cina Di Sibu Terus Sokong BN

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]