Mesyuarat cawangan Umno bermula Sabtu

KUALA LUMPUR: Semua cawangan Umno di seluruh negara akan mengadakan mesyuarat agung masing-masing dalam tempoh bermula Sabtu ini dan berakhir 15 Jun.
Mengikut data, bilangan anggota Umno di 19,235 cawangan sehingga Oktober lalu ialah 3,478,393 orang.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, pula meminta semua ketua cawangan dan ahli jawatankuasa bahagian yang akan merasmi dan memantau mesyuarat cawangan kelak supaya menjelaskan isu semasa berkaitan kerajaan dan parti itu.

"Saya minta mereka juga dapat memberi penjelasan mengenai Gagasan 1Malaysia, Model Ekonomi Baru, program-transformasi kerajaan di samping betapa Umno serius untuk melakukan pembaharuan termasuk dengan melaksanakan program Juara Rakyat," katanya.
Beliau juga berharap mesyuarat di peringkat cawangan itu akan membincangkan mengenai cara menangani tohmahan pembangkang selain mengatur program penerangan yang lebih bersepadu untuk memberi penjelasan terbaik bagi isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

"Saya cadangkan Biro Penerangan setiap bahagian, selepas ceramah pembangkang, adakan pula ceramah berhampiran tempat itu untuk menjelaskan balik isu yang dibangkitkan mereka. Kalau tidak orang di kawasan itu akan sangka apa yang disebut pembangkang itu adalah benar," katanya.

Mesyuarat peringkat cawangan akan diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai sebelum Perhimpunan Agung dari 28 hingga 30 Oktober nanti. - Bernama

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:52 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Mesyuarat cawangan Umno bermula Sabtu

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]