HENTIKAN SEGERA KEZALIMAN TERHADAP SUKARELAWAN PALESTIN:

HENTIKAN SEGERA KEZALIMAN TERHADAP SUKARELAWAN PALESTIN:
Kita amat kesal dengan apa yang berlaku atas serangan regim zionis Israel kepada sukarelawan yang bermisi suci bagi membantu rakyat tertindas & terkepong di Gaza. Kita mengutuk sekeras-kerasnya apa yang telah berlaku dan ini adalah satu lagi siri kezaliman pembunuhan tanpa peri kemanusiaan regim zionis. Mereka yang dibunuh dan dicederakan itu adalah wira, pejuang & bunga bangsa. Mereka yang menjadi sukarelawan itu akan dikenang tercatat dalam lipatan tinta airmata sejarah rakyat Palestin yg tidak kunjung padam dizalimi. Kita berharap kutukan keras masyarakat dan kerajaan antarabangsa termasuk Amerika Syarikat akan menghentikan segera perbuatan durjana ini. Sementara itu, marilah umat Islam di negara ini dan rakyat Malaysia seluruhnya mendoakan agar sukarelawan yang ada diselamatkan segera dan kezaliman itu dihentikan serta merta. Tindakan yang cepat wajar diambil oleh pihak yg berkaitan seperti PBB agar segera mendesak pembunuhan dan serangan bersifat binatang itu dihentikan. Wahai semua, tiba sekali lagi untuk kita membuka mata, hati dan minda agar berbuat sesuatu dalam lingkungan kuasa masing2 bagi mengutuk dan memberhentikan serangan durjana itu. Salam Perjuangan untuk Sukarelawan dan Salam Keprihatinan untuk Rakyat Palestin..

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:09 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for HENTIKAN SEGERA KEZALIMAN TERHADAP SUKARELAWAN PALESTIN:

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]