MPPP Pontian lulus peruntukan RM100,000 bantu petani, penternak

PONTIAN 6 Mei - Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Pontian meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada 20 petani, penternak dan pengusaha produk pertanian tahun ini.

Masing-masing menerima RM5,000 dan majlis penyampaian surat kelulusan tersebut dilakukan oleh Pengerusi MPPP Pontian yang juga Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan, baru-baru ini.

Ahmad berkata, setiap permohonan yang dikemukakan telah diteliti oleh jawatankuasa yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan yang menganggotai jawatankuasa MPPP tersebut.

"MPPP berharap penerima dapat memastikan projek yang dijalankan membuahkan kejayaan sekali gus menambahkan hasil makanan dan ternakan di negara ini," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta jabatan dan agensi pertanian memantau setiap projek yang dijalankan oleh pengusaha bagi memastikan projek berkenaan berdaya maju.

Selain itu, mereka juga diminta memberi bantuan khidmat nasihat supaya pengusaha mempunyai pengetahuan yang cukup dalam bidang yang diceburi.

"MPPP berharap para pengusaha tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan dan berusaha meningkatkan lagi pengeluaran dari semasa ke semasa," ujarnya.

Pada majlis tersebut, Ahmad turut menyampaikan surat kelulusan bagi projek membaiki jalan kampung dan membaik pulih kemudahan di surau, masjid dan balai raya berjumlah RM90,000.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:25 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for MPPP Pontian lulus peruntukan RM100,000 bantu petani, penternak

  1. Dari perbicaraan LIWAT 2 yang sedang berlangsung sekarang ini,kita dapat melihat KEBODOHAN siSAIFOOL, yang telah disuruh berlakun BODOH untuk seluruh DUNIA melihat KEBODOHAN pemimpin Malaysia: 1)Walaupun doktor doktor diPUSRAWI dan Hospital Besar KL kata tak ada kesan penetrasi KOTEI atau KONEK masuk kedalam lubang dubur SaiFooL,siSaiFool masih rasa
    ada masuk...BODOH punya orang...
    Dahlah tak pass kat UNITEN,nak berlakon pun BODOH...!!!Agak nya DUIT punye pasal,semua BOLEH..!!!!

    2)Pasal MANDI JUNUB,rasanya budak darjah satu pun tau hukum halal haram mengenai perlu mandi JUNUB untuk solat JUMAAT,apa tah lagi kaum ibu,yang melalui malam JUMAAT sebelum nya...!!!
    Ini pulak siSAIFOOL cakap DARURAT!!
    Hukum apa yang dipakai siSaiFool ni??Ada OTAK ke atau tak ada kepala
    HONTAK????Nampaknya siSaiFooL ni macam tak tau ugama aje....BODOH punya orang...!!!Sia2 aje dia dilahirkan kedunia ini mcm DAJJAL!!
    MCM MANA pihak PENDAKWA boleh amik
    kes ni,tak tau le....Hehehehe

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]