37 mangsa banjir dapat bantuan


37 mangsa banjir dapat bantuan

PONTIAN 28 Jun - Seramai 37 mangsa banjir di empat buah kampung di sekitar Mukim Benut menerima sumbangan RM250 daripada Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan di sini semalam.
Selain wang tunai, mereka juga menerima hamper makanan berupa beras, tepung gandum dan biskut.
Kampung yang terlibat adalah Kampung Parit Betak, Parit Abas, Parit Abdul Rahman dan Permatang Sepam yang terlibat dengan kejadian banjir pada 23 Jun lalu.
Daripada jumlah itu, lima keluarga yang terpaksa berpindah kerana rumah mereka ditenggelami air menerima RM500.
Dalam ucapan ringkasnya, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera mengatasi sistem perparitan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan RM9 juta bagi kerja-kerja membersih dan mendalamkan beberapa batang sungai di Mukim Benut dan Sungai Pinggan.
Bagaimanapun, masih ada projek itu yang belum selesai sepenuhnya menyebabkan aliran air di beberapa sungai tersekat apabila berlaku hujan lebat.
"Saya difahamkan JPS telah menghantar sembilan buah jentera ekoran kejadian itu dan ia tindakan tepat dan cepat bagi mengelakkan ia berulang," katanya.
Mukim Benut dan Sungai Pinggan pernah dilanda banjir besar pada penghujung 2006 dan awal 2007 yang dikatakan berpunca daripada masalah sistem saliran.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 6:08 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 37 mangsa banjir dapat bantuan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]