UMNO percaya dapat sokongan parti komponen


UMNO percaya dapat sokongan parti komponen
__________________________________________

KUALA LUMPUR: UMNO percaya parti komponen Barisan Nasional (BN) mampu menarik lebih ramai golongan muda terutama bukan Melayu untuk mendaftar sebagai pengundi baru menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, berkata semua parti komponen BN mempunyai tanggungjawab yang ditetapkan berhubung isu ini dan perlu komited menunaikan peranan masing-masing.Katanya, UMNO tidak akan mencari kesalahan atau membangkitkan kelemahan parti rakan dalam BN, sebaliknya mahu seluruh tenaga digembleng bagi memastikan rakyat terus menyokong perjuangan parti itu.Kita sepatutnya bersatu dan bersama-sama berusaha menambah bilangan pengundi muda baru menyokong perjuangan BN. Isu nisbah satu pengundi Melayu dan 40 bukan Melayu perlu kita atasi bersama, katanya kepada Berita Harian, semalam.


Beliau mengulas laporan Berita Harian, semalam mengenai kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda Umno mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga bulan ini ialah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).

Pengerusi biro itu, Hishamudin Yahya, berkata senario itu seharusnya menyedarkan orang Melayu di negara ini yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika terus enggan mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata lebih banyak program perlu diadakan bagi menarik minat golongan muda di kalangan Bumiputera untuk mendaftar sebagai pengundi.
Kemungkinan golongan berkenaan tidak begitu minat untuk mendaftar sebagai pengundi kerana lebih meminati perkara lain. Bagaimanapun, kita tidak boleh memaksa mereka untuk mendaftar sebagai pengundi kerana itu adalah hak mereka.

Saya dapat melihat di kawasan saya, kesedaran di kalangan masyarakat Bumiputera amat tinggi, ramai di antara mereka mendaftar sebagai pengundi berbanding bukan Bumiputera, katanya.

Di SEREMBAN, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi, berkata pendedahan itu tidak mengejutkan kerana Umno negeri sudah lama mengetahui mengenainya.

Malah, katanya mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri mengarahkan setiap bahagian mempunyai seorang pegawai penyelaras untuk meningkatkan keahlian parti dan memastikan mereka mendaftar sebagai pengundi.

Usaha juga dipergiatkan untuk memastikan ahli sedia ada menjadi pengundi kerana kita menyedari perkara ini amat penting bagi menjamin kemenangan parti dalam pilihan raya umum akan datang, katanya.

Di ALOR SETAR, Pengerusi Biro Daftar dan Pemilih Umno Kedah, Tajudin Abdullah, berkata masalah golongan muda Melayu tidak mendaftar sebagai pengundi baru berpunca daripada sikap selain kelalaian ibu bapa menyedarkan anak mereka kepentingan untuk mendaftar sebagai pemilih.

Di JOHOR BAHRU, UMNO Johor akan mengadakan program dan kempen bagi meningkatkan kesedaran golongan muda mendaftar sebagai pengundi baru.

Ketua Penerangannya, Datuk Samsul Bari Jamali, berkata golongan muda seharusnya sedar mengenai tanggungjawab mereka terhadap negara dan politik tanah air.

Di KUALA TERENGGANU, Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Umno negeri, Yahya Khati, berkata Umno Terengganu tidak berdepan masalah dalam mengimbangi daftar pemilih antara Melayu dan bukan Melayu.

Katanya, UMNO Terengganu mempunyai program seperti Dana Bakti Remaja iaitu memberi sumbangan kepada setiap remaja berusia 21 tahun mendaftar sebagai pengundi.

Di KOTA BHARU, Umno negeri mengakui gerakan mendaftar pemilih yang dijalankan parti itu tidak begitu agresif berbanding parti pembangkang kerana Penolong Pendaftar Parti (PPP) yang dilantik tidak begitu aktif menjalankan tugasnya.

Pegawai Teknologi Maklumat Umno Kelantan, Hazamrim Mohd Noor, berkata perkara itu berlaku selepas Pilihan Raya Umum 2008 sehingga ada di antara mereka yang ditamatkan khidmat sebagai PPP.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 6:15 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for UMNO percaya dapat sokongan parti komponen

  1. AMENO Chacha Marba

    ADA-kah UMNO/BN akan senasib parti LDP di JEPUN?????menjelang PRU13 ???
    RATA2 org Melayu dah muak,fed up dan TAK kisah dgn HIDUP/Mati UMNO dan BARISAN NASIONAL.....

    Ini adalah disebabkan beberapa pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu,saperti berikut nya;
    1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
    2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
    3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
    4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
    5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
    6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
    7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
    8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
    9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
    10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
    Hukum2 Allah saperti Hudud diperLEKEHkan dan SEKULARISMA didahului
    11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
    12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
    13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
    14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.Kes pulau BATU PUTIH,menampilkan keLEMAHAN...
    15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
    16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu,drp memperBAIKI MeCD...
    17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.(cuma mampu capai 15-18%saja equiti untuk
    org MELAYU..!!)
    18.MemBIARkan MCA dan MIC memanipulasikan UMNO/BN selama 50 tahun...satu contoh:Men Kesihatan Liow,minta peruntukan rm150juta setahun untuk vaksin cervical cancer sbb ramai wanita Cina yg kena cancer ini,tapi untuk nk tolong peniaga2 MIM,Mara dah habis
    peruntukan....
    19.UMNO cuma tolong kumpulan UMNO Elitis,GuangXi Putra(yg ada koneksion &kaki ampu dlm UMNO)tapi
    ahli2 biasa tak di endahkan....
    20.Kadang2 org Melayu rasa di anak tiri kan,kerana undi org Melayu seolah tak ada nilai,tetapi apabila org Melayu dah "FED UP & MELUAT",tiada MAAF bagiMU,UMNO...!!

    FIKIR2KAN LAH menjelang PRU 13(2012/2013)....!!!!!!!!!

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]