FELDA -Dewan Rakyat (21-06-2010)


Walau tunai kurang 2.73b antara 2004-2009 untuk
pelbagai belanja faedah peneroka/generasi
tetapi aset bertambah 6.2b antara 2004-2009


Sekali lagi saya jawab tentang Felda di Dewan Rakyat pagi tadi. Buat sidang akhbar jawab tuduhan muka surat depan Harakah/blog dan lain-lain yang "Tunai Felda Merudum". Antara 2004-2009 memang tunai Felda berkurang rm2.73 billion tapi aset semasa & aset tetap, melonjak sebanyak rm6.2 billion antara 2004-2009. Perbelanjaan tunai itu pula untuk menafaat peneroka dan generasi baru serta pelaburan dan beli aset. Yang kesalnya Harakah dan lain-lain tak masukkan kenyataan saya bahawa aset Felda meningkat rm6.2B walau cash berkurang rm2.73B. Minggu lepas ketika jawab soalan Anwar di Dewan Rakyat saya ulang fakta itu 2 kali & buat PC. Juga dalam Harakah terkini tak sebut RM2.41B bagi biaya pelbagai program untuk faedah peneroka & generasi baru. Harap adil buat laporan. Harap tepat buat laporan. Felda adalah bukti kejayaan kita.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 3:41 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for FELDA -Dewan Rakyat (21-06-2010)

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]