Orang Melayu Perlu Ubah Cara Pemikiran, Kata Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Orang Melayu perlu mengubah cara pemikiran mereka supaya selari dengan matlamat Wawasan 2020 yang merangkumi kemajuan dalam pendidikan, perniagaan, perpaduan, politik dan kepimpinan.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata mereka juga harus tajam pemikiran dan mempunyai daya saing tinggi dalam merebut peluang untuk mencapai kejayaan.

"Cara pemikiran dan perubahan sikap harus dilakukan orang Melayu supaya mereka lebih berfikiran terbuka dan berdaya saing," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Wangsa Maju di sini, pada Sabtu.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pendidikan adalah asas bagi semua perkara yang boleh memandu orang Melayu kepada kemajuan.

"Tanpa ilmu, kita tidak boleh mengubah masyarakat dengan cepat," katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 10:06 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Orang Melayu Perlu Ubah Cara Pemikiran, Kata Ahmad Maslan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]