PSSGM dapat bangunan

PM lulus peruntukan RM2.2j

PORT DICKSON: Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) akan mendapat sebuah bangunan bernilai RM2.2 juta selepas permohonan bagi mendapatkan kemudahan itu mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Perkara berkenaan diumumkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada majlis Istiadat Khatam Seni Keris Peringkat Kebangsaan di Pantai Purnama, di sini semalam. Ahmad berkata, pelan bangunan itu sudah diluluskan dan kini hanya menunggu untuk memilih lokasi sesuai dijangka di sekitar Lembah Klang.

“Kami akan mencari lokasi strategik, mungkin sekitar Lembah Klang. Sudah tiba masanya PSSGM mendapat bangunan sendiri untuk bergerak bersama dalam memajukan bangsa Melayu,” katanya.

Ahmad juga berharap semua ahli PSSGM dapat meneruskan aktiviti mereka tanpa meninggalkan nilai suci dalam mempertahankan seni silat gayung itu sendiri.
“Ini kerana ia melambangkan semangat pendekar Melayu itu sendiri tanpa meminggirkan ilmu pendidikan, kedaulatan Raja serta bangsa dan agama,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua PSSGM, Datuk Adiwijaya Abdullah, berkata pihaknya terharu apabila Perdana Menteri prihatin dengan aktiviti mereka dengan meluluskan kos bagi mendirikan bangunan persatuan berkenaan.

“Malah dengan adanya bangunan nanti, diharap jumlah ahli yang kini hampir 50,000 orang semakin bertambah,” katanya.

Bagi Pemegang Waris Amanah PSSGM, Sazali Datuk Meor Abdul Rahman, pihaknya bersyukur dan berterima kasih dengan penghargaan itu dan akan membantu kerajaan mengatasi pelbagai gejala sosial dengan menarik minat golongan remaja menganggotai PSSGM.

“Kami juga akan mengadakan lebih banyak aktiviti berfaedah kepada setiap ahli dan tidak lupa juga aktiviti bagi menarik lebih ramai ahli baru ke dalam pertubuhan ini,” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 6:48 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for PSSGM dapat bangunan

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]