Pilihan raya umum ditentu PM

Pusat perlu tumpu kebajikan rakyat, pembangunan ekonomi

KUALA KRAI: Barisan pemimpin Umno semalam menegaskan kuasa mutlak berhubung keputusan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, hanya terletak di tangan Perdana Menteri yang juga Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak.Sehubungan itu, tidak timbul sebarang keperluan untuk kerajaan mengadakan pilihan raya umum itu pada masa terdekat ini.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ini berdasarkan keadaan semasa yang memerlukan negara memberi tumpuan dalam pembangunan ekonomi, bukannya lebih menumpukan kepada kegiatan berpolitik saja.

“Bagi menghadapi pilihan raya umum, kita bukan hanya melihat faktor keperluan saja, malah lebih menjuruskan kepada memberi tumpuan mentadbir serta membangunkan negara.

“Buat masa sekarang, saya lihat tidak ada keperluan mengadakan pilihan raya lebih awal, namun segala keputusan mengenai perkara itu terletak dalam bidang kuasa Najib kerana beliau yang akan menentukan masa terbaik untuk mengadakannya. Kerajaan Pusat perlu memberi tumpuan dalam mentadbir negara, bukan hanya melakukan kegiatan berpolitik saja,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Krai, di Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 1, di sini, semalam.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kenyataan Najib ketika melawat Kelantan Khamis lalu, yang mengatakan bahawa pilihan raya nanti akan menjadi kejutan.
Di KUALA LUMPUR, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata mandat lima tahun diberikan selepas pilihan raya tamat sepatutnya digunakan untuk bekerja demi kebajikan rakyat dan pembangunan negara.

“Langkah mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 selepas dua setengah tahun Pilihan Raya Ke-12 berlangsung, agak membazir dari segi masa dan tenaga,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Cheras di Dewan Tun Hussein Onn di PWTC semalam.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata pembangkang perlu bijak membuat percaturan sendiri dalam menyusun persiapan menghadapi pilihan raya umum tanpa perlu bergantung kepada pengumuman kerajaan BN.

Sambil menyifatkan permintaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik supaya kerajaan BN memberi notis tiga bulan untuk mengadakan pilihan raya umum sebagai satu permintaan politik, beliau berkata, penetapan tarikh pilihan raya umum adalah di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan Kabinet yang diputuskan melalui rundingan.

Malah, katanya pembangkang menyedari tarikh pilihan raya umum akan datang iaitu pada 8 Mac 2013, genap lima tahun selepas pilihan raya umum terdahulu, sekali gus membolehkan mereka membuat persiapan.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 6:41 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pilihan raya umum ditentu PM

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]