FELDA saman PKR RM200j

FELDA saman PKR RM200j

Oleh Zanariah Abd Mutalib dan S Anand Kumar

bhnews@bharian.com.my 2010/07/02

Parti tak layan tuntutan ganti rugi, enggan mohon maaf
KUALA LUMPUR: FELDA semalam mengemukakan notis menuntut Parti Keadilan Rakyat (PKR) membayar RM200 juta dan memohon maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung artikel mendakwa FELDA bankrap yang disiarkan lidah rasmi parti itu, Suara Keadilan.
Notis itu dihantar peguam FELDA, Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak kepada tiga pihak, iaitu PKR sebagai pemilik Suara Keadilan serta penerbitnya, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetaknya, Percetakan NPK Sdn Bhd.
PKR bagaimanapun, menegaskan parti itu tidak akan melayan tuntutan saman fitnah itu dan juga tidak akan memohon maaf. Dalam notis itu, FELDA menuntut ganti rugi atas kerosakan reputasinya berikutan tuduhan itu yang disiarkan Suara Keadilan pada 22 hingga 29 Jun lalu dengan tajuk ‘FELDA BANKRAP’. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata jika ketiga-tiga pihak itu gagal memenuhi arahan notis tuntutan, peguam FELDA akan meneruskan tindakan perundangan sewajarnya, termasuk tindakan mahkamah. Naib Presiden PKR, R Sivarasa ketika diminta mengulas mengenainya berkata, PKR sudah bersedia ke mahkamah bagi mempertahankan laporan Suara Keadilan serta mengemukakan segala bukti terhadap pendedahan yang dilakukan akhbar itu. Ahad lalu, Ahmad dilaporkan berkata, FELDA akan menyaman Suara Keadilan berhubung laporan muka depannya kerana berniat jahat dan fitnah. Katanya, ganti rugi RM200 juta itu tidak melambangkan kerugian reputasi yang dialami FELDA sebagai sebuah organisasi berkaitan tanah yang paling berjaya di dunia serta berjasa dalam membasmi kemiskinan di negara ini. “Jumlah itu dikira sedikit bagi organisasi seperti FELDA kerana jika tuntutan ganti rugi oleh individu, ia boleh mencecah dalam lingkungan RM100 juta namun jumlah dituntut (RM200 juta) adalah dianggap wajar,” katanya. Ahmad berkata, FELDA mempunyai kepentingan pelaburan di luar negara termasuk Indonesia, Afrika Selatan, China, Turki, Amerika Syarikat, Kanada, Pakistan, Australia, Thailand, Perancis, India dan Arab Saudi. Selain itu katanya, jumlah peneroka seramai 225,270 di 317 tanah rancangan dengan kira-kira 1.6 juta generasi baru, sementara Kumpulan FELDA mempunyai kira-kira 23,000 petugas syarikat berkaitan dan 40,000 pekerja kontrak ladang. Ditanya sama ada tuntutan ganti rugi sebesar itu bertujuan memberi pengajaran kepada Suara Keadilan, Ahmad berkata, ia adalah sebahagian daripadanya dan supaya akhbar itu tidak digunakan untuk menyebar fitnah. “Motifnya (laporan) adalah untuk memburukkan reputasi FELDA dan pemimpin yang menjaga FELDA termasuk Perdana Menteri,” katanya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 11:39 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

1 comments for FELDA saman PKR RM200j

  1. Ir. Malaysian 2020

    Tak Guna,UMNO over react diatas kes FELDA..
    Kalau dah HILANG hampir 3BILLION ringgit (iaitu 3000 JUTA),jangan nak cover up dengan nak saman Suara Keadilan sebagai scapegoat untuk menutup BANGKAI GAJAH serta berPOLITIKkan ISU kehilangan wang FELDA..!!!Saperti kata PM,baru2 ini;

    "Datuk Seri Najib Tun Razak has outlined four important factors that influence the attitude of the people on Umno and their aspirations for the party in championing their cause.

    He said the 1st factor was whether the people were satisfied with the leadership at the national, state, divisional and branch levels with regard to the programmes implemented.(eg,How DPM Mahyuddin didnt take care of Muar,Johor, sampai even PR is now making strong inroads}....

    Najib, who is also the Umno president, said the implementation of policies and the decisions made would be taken by the people as a yardstick in improving service to the local community.

    "The 2nd factor is how the state leadership manages land applications, whether the land is to be opened up, housing matters and other issues which are related to the leadership at the state level,(eg How Ghani Othman take care of Muar as compared to Malacca,just see the area cleanliness,etc)" he said in his winding up speech at delegates meeting of the Pekan Umno division, here Sunday.

    He said the 3rd factor was the party leadership at the grassroots, branch and divisional levels which would be assessed by the people in terms of their management and whether the people were satisfied, like the evaluation made at the national level.

    The 4th factor was the role played by the elected representatives, whether they fulfilled the aspirations of the people, he said.

    Najib said a political tsunami would occur if these four factors turned out to be negative factors where the people were dissatisfied with the leadership at the national, state, party and constituency levels.

    "Thus, I call on all party leaders, whether at the grassroots or divisional levels, to discharge their responsibilities in the interest of the rakyat," he said.

    He also urged all branches and divisions to simplify the registration of new members wishing to join Umno to demonstrate that the party was prepared to provide assistance and adopted an open attitude in whatever matters that concerned the rakyat.

    The party president said registration of members could not be done seasonally but should be carried out continuously by organising various activities that would benefit and attract the interest of the people to join Umno."(4/7/2010)

    Ambillah PENGAJARAN,JGN nak NAFI,tapi AKUI lah KEBENARAN demi KEPENTINGAN RAKYAT...,
    jika tidak apabila PRU 13,BN/UMNO akan kecundang diatas kesilapan sendiri....!!

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]