Fitnah: Felda saman 3 lagi individu

Fitnah: Felda saman 3 lagi individu

KUALA TERENGGANU 9 Julai - Felda akan turut menyaman tiga pemimpin parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkan oleh lidah rasmi parti itu, Suara keadilan.

Mereka ialah Anggota Majlis Tertingginya, Datuk Zaid Ibrahim; Pengerusi Biro Felda, Suhaimi Said dan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa, Datuk Dr. Tan Kee Keong kerana didakwa mengeluarkan kenyataan terbabit.

Sebelum ini, Felda menyaman pemilik, penerbit dan pencetak akhbar itu pada 1 Julai lalu berhubung penyiaran artikel yang yang mendakwa Felda telah bankrap.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan tersebut susulan selepas Felda menuntut ganti rugi RM200 juta dan permohonan maaf daripada parti itu sebelum ini.

Katanya, bagaimanapun jumlah saman dan bila ia akan dikemukakan terhadap ketiga-tiga individu terbabit masih dalam penelitian pihaknya.

"Sebelum ini kita telah menyaman pemilik, penerbit dan pencetak akhbar Suara Keadilan dan kini kita saman pula individu yang terlibat mengeluarkan fitnah itu kerana semua ini berlaku disebabkan kenyataan mereka," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Razali Ismail di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Ketua UMNO Bahagian Marang, Yahaya Khatib Mohamad.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, PKR menyerang Felda kerana organisasi tersebut kubu kuat UMNO yang perlu dipecahkan dengan menyemaikan kebencian kepada parti pemerintah itu.

Katanya, pihak terbabit cuba bertindak memberi gambaran kononnya berlaku penyelewengan pemimpin UMNO dan kenyataan itu dibuat oleh ketiga-tiga individu tersebut.

"Mereka keluarkan kenyataan itu kononnya mendedahkan ada penyelewengan berlaku namun dengan pendedahan yang merupakan fitnah itu akhirnya membunuh mereka apabila kita pula akan mendedahkan bahawa PKR merupakan parti pembohong terbesar di negara ini," jelasnya.

Menurutnya, mereka akan terus menyerang pelbagai institusi yang telah banyak berjasa kepada orang Melayu dengan cara menghakiskan keyakinan rakyat.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 2:33 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Fitnah: Felda saman 3 lagi individu

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]