Langkah Felda Tepat Untuk Perkukuh Aset

Langkah Felda Tepat Untuk Perkukuh Aset

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Sekiranya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengggunakan sejumlah besar rizab kewangannya untuk mengukuhkan asetnya, tindakan itu merupakan satu langkah yang "bijak dan amat baik" yang diambil oleh agensi berkenaan, kata Presiden Persatuan Pelabur-pelabur Malaysia (MIA) Datuk Dr PHS Lim.

"Rizab boleh berkurangan jika digunakan untuk pengembangan. Sekiranya mereka memperoleh aset baharu, kita perlu faham keperluan perniagaan mereka dan tidak terlalu mengkritik mereka.

"Menilai daripada prestasi sebelumnya, mereka telah melakukan perkara yang baik untuk Malaysia," katanya kepada BERNAMA.

Lim berkata Felda mempunyai aset bernilai RM15.37 bilion sehingga 2009 yang merupakan jumlah yang besar memandangkan agensi itu memiliki perladangan sawit terbesar dunia.

"Jika simpanan berkenaan digunakan untuk menambah aset, ia merupakan satu langkah yang baik memandangkan jangka hayat pokok sawit amat panjang, sehingga 20 tahun. Pokok sawit boleh hidup 10 hingga 15 tahun sebelum hasilnya merosot," katanya.

Untuk kebaikan industri, Lim berkata rakyat sepatutnya menghargai Felda memandangkan ia berjaya dalam membangunkan skim tanah rancangan bagi membasmi kemiskinan dalam sejarahnya yang lebih 50 tahun.

Pentadbirannya yang efisien mendapat pujian dan dikagumi kerajaan asing.

Mereka telah menghantar pegawai mereka untuk mempelajari bagaimana untuk membangunkan skim tanah rancangan dengan cara yang betul.

Oleh itu, tidak perlu bimbang mengenai Felda dan tidak sepatutnya mengkritik prestasi kewangannya memandangkan mereka telah berjaya terutamanya dalam aspek sosial, katanya.

Felda baru-baru ini mendapat perhatian apabila sebuah laporan dalam akhbar pembangkang mendakwa agensi berkenaan mengalami defisit dalam rizab tunainya.

Semasa memberi reaksi kepada laporan berkenaan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata rizab tunai Felda sebanyak RM4.08 bilion pada 2004 berkurangan kepada RM1.35 bilion tahun lepas tetapi aset tetap dan semasanya meningkat sebanyak RM6.2 bilion daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion.

Beliau berkata wang daripada rizab berkenaan digunakan untuk projek sosio- ekonomi termasuk RM2 bilion bagi penanaman semula, RM603 juta untuk pinjaman pengubahsuaian rumah peneroka, RM662 juta untuk Menara Felda yang baru dan RM253 juta diperuntukkan sebagai dana khas bagi program pembasmian kemiskinan di Sabah.

Sementara itu, Bernama difahamkan bahawa Felda, sebagai badan berkanun akan mengumpulkan maklumat kewangannya dan membentangkan laporan di Dewan Rakyat.

Dengan kekuatan tenaga kerja seramai 23,000 dan 40,000 pekerja ladang, Felda merupakan pemilik ladang terbesar dunia. Ia memiliki 340,000 hektar ladang yang menjana RM1.1 bilion untung bersih setahun dalam tempoh enam tahun lepas.

Sejak bermula pada 1956, Felda melahirkan 225,270 peneroka di 317 tanah rancangan.

Sementara itu, Dr Yeah Kim Leng, ketua pakar ekonomi RAM Holdings, enggan mengulas isu berkenaan dan berkata Felda seharusnya mengemukakan maklumat kewangan bagi menjelaskan perkara itu.

Mengenai rizab tunai yang berkurangan, Dr Yeah berkata agensi itu mungkin menggunakan wang berkenaan untuk pelaburannya bagi memastikan pulangan yang lebih baik mamandangkan rizab tersebut tidak sewajarnya dibiarkan sahaja.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:36 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Langkah Felda Tepat Untuk Perkukuh Aset

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]