AS diminta henti campuri kes Anwar


ROMPIN 7 Ogos – UMNO mahu pihak tertentu di luar negara menghentikan usaha mereka mencampuri perundangan negara kerana Malaysia memiliki sistem perundangan yang baik. Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka sewajarnya menghormati undang-undang dan sistem yang ada pada sesebuah negara seperti mereka menghormati undang-undang di negara sendiri. “Malaysia tidak akan tunduk pada gesaan seperti ini kerana kita mempunyai sistem kehakiman dan perundangan sendiri yang begitu baik dan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Program Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) peringkat wilayah Kuantan di Bandar Tun Razak di Muadzam Shah dekat sini semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al-Gore dan bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang mahu kerajaan Amerika campur tangan dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ahmad berkata, negara luar terutamanya Amerika Syarikat (AS) tidak layak untuk membuat keputusan bagi kes ini. “Ini kerana hanya mahkamah di negara ini yang layak membuat keputusan,” tegasnya. Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, masyarakat dan negara luar juga perlu mengkaji bahawa pengadu kes liwat iatu Mohd. Saiful Bukhari Azlan juga berhak diberi keadilan sewajarnya.

Posted by YB Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan on 1:08 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for AS diminta henti campuri kes Anwar

Leave comment

Primary top col ads

Ahmad Maslan on Facebook

FLICKR PHOTO STREAM

Secondary content column1

sidebarads

1


2011 Ahmad Maslan Blog. Hakcipta Terpelihara.
[ Login ]